Powered By Blogger

Thursday, May 19, 2011

Padamkan Lampu Tidurmu

Terikat dua tangan bagai nasib tawanan...
Terkunci mata mulut peluh tumpah dibadan...
Kau paksa ku tunduk...
Berlutut sebelum kau menghukum...


Kau mungkin tak percaya aku ada pendinding...
Seribu satu doa hulubalang yang kadim...


Jangan...
Jangan teruskannya...
Selagi hatimu...
Tak cukup zalim...


Jangan...
Jangan kotakannya...
Selagi hukuman...
Tidak setanding...


Dengan serapah semangat tujuh milikku...
Akan ku tukarkan dunia...
Menjadi syurga si gelandangan...
Tiada tangisan angkara dusta...

Tiada diri berbeza...


Diam saja...


Bersyukurlah...


Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan...
Didalam gelap engkau masih mampu melihat...


Benar...


Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati...
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal...


Warnanya...

Sunday, May 15, 2011

Review filem kali ini - 10 Promises To My Dog



Suatu hari seekor anak anjing telah sesat dihalaman rumah Akari yang baru sahaja genap usia 12 tahun,dan Akari membela anak anjing tu lalu menamakannya 'Sock' kerana kakinya kanannya putih seperti memakai stokin.


Sock sebenarnya adalah hadiah harijadi Akari dari ibunya sebelum ibunya jatuh sakit lalu meninggal dunia.semenjak itu Sock menjadi peneman dan penguat semangat Akari sepanjang hidupnya membesar bersama2 dengan ayahnya.siang dan malam sock menjadi sahabat kepada Akari.




Namun semakin Akari dewasa,perasaan dan kasih sayangnya kepada anjingnya semakin pudar,dan Akari mula mengabaikan Sock.


Sehinggala suatu hari Sock jatuh sakit dan Akari mula teringatkan pesanan ibunya yang dia telah berjanji 10 perkara kepada Sock...




10 Promises is :


1 . Give me time to understand what do you want of me.


2 . Place your trust in me, it's crucial to my well-being.


3 . Be aware that however you treat me,i will never forget it.


4 . Before you scold me for being lazy,ask yourself if something might be bothering me.


5 . Talk to me sometimes, even if i don't understand your word, i do understand your voice when it's speaking to me.


6 . Remember before you hit me, i have teeth that could hurt you, but i choose not to bite you.


7 . Take care of me when i get old.


8 . My life likely to last 10 - 15 year. Any seperation from you will be pain for me.


9 . You have your work,your entertainment and your friend, i have only you.


10 . Go wit me on difficult journeys, everything is easier for meif you are there, remember i love you.

Lawak Hari ini

Ini ialah Art!!!

Wednesday, May 11, 2011

Lawak Hari ini

ok kali ni aku nak share koleksi kartun korea,namun ada yang mudah difahami,ada juga lawak yang high level   yang membuatkan ade yang makan masa nak faham...apapun aku share 1 dulu,hahaha!!!

Credit to Yahoo Korean!

Lagu Pilihan Minggu Ini - Dan Byrd - Boulevard

Ok kali ni aku nak share lagu yang agak oldies yeah old but not die, die!! die!! you Moron! hahaha!!! aku dah melalut nih!

ok...aku first time dengar lagu ni masa Maharaja Lawak dendangan Jef dari kumpulan Sepah!
Demm lagu memang best! apapun enjoice!!!


Wednesday, May 4, 2011

Murtabak Singapura

Ok! Jalan...jalan cari makan untuk first time aku nak kongsi satu tempat kat kampung aku di Muar Johor!

Murtabak! korang kenal murtabak! ye memang korang kenal,sebab kat pasar malam bersepah jual murtabak,tapi itu bukan Pure Murtabak walaupun tukang tebarnya Mubarak Majid  mahupun Hosni Mubarak! sebab takde unsur arak mahupun berarak mendung kelabu ketika makan Murtabak ni!


Memperkenalkan Murtabak Singapura!!!
Ape yang membezakan Murtabak Singapura ini dengan murtabak murtabak klon yang ala ala roti canai mamak ialah inti daging didalamnya banyak dan bukan telur semata mcm kat pasar malam,kemudian dia disaluti telur dan taburan daging cincang yang banyak,bukan macam roti John Putrajaya yang takde daging hanya telur semata...! apelah orang putrajaya ni senang betul kena tipu kecuali aku lah hahaha!!!


Dan salah satu uniknya murtabak singapura ini ialah besar saiznya,memang berbaloi dengan apa yang kita bayar!


Harganya pula seperti dalam gambar diatas


Untuk pengetahuan korang,murtabak singapura atelah lama menjadi trademark di Muar,sedara mara aku dari KL kalau balik mesti satu kewajipan tapau atau makan murtabak ni...tapi sekarang kat Bangi dan beberapa tempat di KL dah ade dah cume jarang jumpe...ialah benda limited editionlah katakan hahaha!!!

Restoran Murtabak JD

Murtabak Singapura

Lokasi:
No. 1-4 Batu 1,
Tanjung Agas,
84000 Muar
Johor

Contact:
017 - 616 4484 (En Hamdi)





orait! sekian dulu dari saya Aloy Tungku juh!

Tuesday, May 3, 2011

Siapa Aloyz @ Hijikata Toshiro?

ok..ok...hari ni aku nak cerita pasal diri aku,asik cerita pasal org lain ye tak?ramai yang tak kenal aku mesti kata aku spesis sombong atau mcm bagus...ramai yang kenal aku dalam Facebook mahupun Putera.com bertanya :


Aloyz yang hensem,kenapa ko tak letak gambo betul ko?

ade member aku tanya,"aloyz yang hebat,kenapa ko tak letak nama betul?"


ok kawan2 aku jawab eh?



Sebab aku ni jenis pemalu,low profile,tak suka menonjolkan diri...walaupun aku gelojoh dan cakap main sembur masa komen pada masa yang sama aku still seorang yang pemalu,sebab tu aku tak guna gambar dan nama sebenar.


Dan aku pula jenis suka simpan rahsia,dan ceritakan pada mereka-mereka yang tertentu sahaja.dan jika ada ikon atau watak yang sama mcm aku,watak itu ialah.


Hijikata Toushiro


Watak beliau sangat serius,tidak menunjukkan sebarang emosi,namun dia mempunyai hati yang rapuh,namun dia tidak akan menunjukkan emosi beliau dengan sewenang-wenangnya (kecuali Real Madrid kalah bagi aku).






Namun disebalik sikap serius atau muke ketat,Hijikata ini mempunyai sikap separa bangang,pemalu dan agak sengal,beliau sukakan Mayonnaise,makan ape sahaja mesti ade mayonnaise,dan aku pula sukakan ayam goreng! makan ape aje mesti ayam goreng,dan ayam goreng antara salah satu sebab aku kalah masa bulan puasa! hahaha!!! 


aku keji? ahhh!! macamlah korang tak pernah makan dgn minum curi2 masa budak2!!!






Dan sikap aku dan hijikata ini yang low profile,kami selesa berada dibelakang watak utama dan tidak terlalu menonjol walaupun berpotensi menjadi watak utama.






Walaupun serius dan sombong dalam satu masa,aku juga seorang yang akan defense sesuatu yang bernilai dan aku rasa perlu melindungi mengikut keadaan tanpa mengira ape kesannya




Oklah setakat ini saja,harap korang boleh kenal aku mcmana orangnya...hahaha!!!