Tuesday, April 7, 2015

Bukan Lagenda Utama

aku hanya biasa-biasa sahaja...

rohaniku...jasadku dan nyawaku tiada berbeza...


benarkah kehidupanku dizaman ini benar belaka...

untuk apa aku disini.

aku sedar...aku bukan bang Tuah...

dimata Kasturi bukan aku...


dibibir Lekir dan Lekiu...aku hanya pembantu setia.


Disini aku mulakan langkah...mencipta sesuatu...

sepanjang pengambaraan...aku tak pinta Badang mengikutiku...


mungkin kerana putus cinta dek Dang Anum...

berdualah kami mengembara...

perjalanan ini hanyalah permulaan...


sebuah kisah yang tidak diketahui oleh pencinta hikayat sang pencipta

ku tinggalkan Melaka bukan kerana bermusuh dengan Tuah...

aku ingin mencari apa tujuan hidup ini...


bersambung...