Powered By Blogger

Tuesday, June 26, 2012

Lagu Pilihan : Ku Undur Cinta


Lagu kali ni gua mempertaruhkan dari saudara Fairuz Selamat,gua kagumi bakat nyanyian beliau semenjak mula beliau berjaya didalam tilawah dan nasyid di negeri Johor.maaflah gua bukan jenis kaki lagu2 dari artis2 popular,gua lebih gemarkan lagu2 dari artis yang kurang bernasib baik tidak popular tetapi mempunyai bakat dan lagu yang merdu serta mudah diterima oleh halwa telinga...(lirik disertakan)


maka oleh itu terimalah...

Ku Undur Cinta





                                                      Ku siramkan kasih pada cinta

                                                   moga hadirnya kembang bahagia

                                                          kiranya lalang yang penuhi

taman impian........



Ku semai janji tiba masanya

kita bersama bina istana

namun kau mungkiri

bila setia kau permainkan


Andai sekali tak mengapa
biarpun pedih ku terima
kerana kasih yang ku ada
yang terindah dalam jiwa

Sayangnya cinta makna berbeza
tidak sekata ku rasakan
kejujuran tidak berharga
begitulah kau gambarkan

Jelas kini kau tak mengerti
erti kasih nan sejati
jika begini tiada yang pasti
ku undur diri

Tuesday, June 5, 2012

seni itu art, art bukan arsenal semata - mata

anda minat muzik? sebagai insan madani yang punya nafsu serta berakal,tak kiralah akal pendek mahupun akal panjang semua minat muzik ye tak? yang tak minat muzik ni gua tak taulah pesen ape ye tak?
isu yang gua nak kupaskan ni berkenaan muzik juga,namun bukannya gua nak ulas pasal album mahupun artis realiti mahupun mentaliti...gua nak ulas tentang muzik melayu tradisional,yup gua agak lu orang mesti dah berkira2 nak close browser...kalau ade yang masih tabah,gua ucapkan..errr bertabahlah...

persoalan yang gua nak kupas ialah kenapa generasi justin bieber ni amatlah kurang berminat dengan lagu2 tradisional...namun ada juga mereka2 yang sezaman gua yang tak minat dan memperlekehkan lagu ni...
ini realiti! ye realiti! bukan akademi!

gua ingat lagi ketika gua pernah menyampaikan nyanyian disuatu majlis keramaian,di waktu rehearsal,kelihatan anak2 dara ketawa sinis,seolah2 lagu tradisional ini sesuatu yang second class mentaliti...keadaan ini amatlah sedih...ini kerana lagu2 irama asli ini mempunyai nilai seni yang amat tinggi...

kenapa gua boleh minat irama tradisional? gua tak tahu...mungkin kerana mak gua bekas penyanyi kugiran suatu masa dahulu? ye penyanyi kugiran yang ade band tu! ayah gua pulak kalau mengaji atau berzanji memang power la,cuma diaorang pesen low profile...

gua? sudahlah mengaji selalu kena rotan sebab selalu skip,tapi bile bab hafal lirik lagu2 Ukays kemain satu hari je dah boleh hafal satu album! kalau gua hafaz al quran mungkin gua dah jadi Akhil Hayy yang boleh kawin dengan artis...sapa tau? lolz...

gua tak tau kenapa irama2 Ghazal,zapin,serta irama2 tradisional negeri lain gua boleh layan...lagu keroncong? takde hal...lagu arab? tanya ajelah Amr Diab berapa banyak album dia gua ade...

berbalik kepada irama asli,gua tak pasti dimana silapnya anak2 muda kian menolak irama indah ini...setakat rock,pop semua tu mudah,cuba try lagu asli...berbelit lu nak berqasidah...tapi itulah keistimewaan irama turun temurun nenek moyang kita semenjak kedaulatan sultan melaka

ok kita sambung lain hari...bosan? kalau bosan sila tonton Gintama!

Bunga Ros



Oh bunga ros...

Mekar kembang, nan mewangi...
Merah putih warnamu, menawan hati.


Oh bunga ros...
Kau sekuntum nan terbilang...
Kau membikin bahaya segala kumbang.


Ohoo bunga ros...
Pohonmu berduri...
Jaga diri berhati - hati
Banyak kumbang ingin datang menghinggapi....