Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

Murtabak Singapura

Ok! Jalan...jalan cari makan untuk first time aku nak kongsi satu tempat kat kampung aku di Muar Johor!

Murtabak! korang kenal murtabak! ye memang korang kenal,sebab kat pasar malam bersepah jual murtabak,tapi itu bukan Pure Murtabak walaupun tukang tebarnya Mubarak Majid  mahupun Hosni Mubarak! sebab takde unsur arak mahupun berarak mendung kelabu ketika makan Murtabak ni!


Memperkenalkan Murtabak Singapura!!!
Ape yang membezakan Murtabak Singapura ini dengan murtabak murtabak klon yang ala ala roti canai mamak ialah inti daging didalamnya banyak dan bukan telur semata mcm kat pasar malam,kemudian dia disaluti telur dan taburan daging cincang yang banyak,bukan macam roti John Putrajaya yang takde daging hanya telur semata...! apelah orang putrajaya ni senang betul kena tipu kecuali aku lah hahaha!!!


Dan salah satu uniknya murtabak singapura ini ialah besar saiznya,memang berbaloi dengan apa yang kita bayar!


Harganya pula seperti dalam gambar diatas


Untuk pengetahuan korang,murtabak singapura atelah lama menjadi trademark di Muar,sedara mara aku dari KL kalau balik mesti satu kewajipan tapau atau makan murtabak ni...tapi sekarang kat Bangi dan beberapa tempat di KL dah ade dah cume jarang jumpe...ialah benda limited editionlah katakan hahaha!!!

Restoran Murtabak JD

Murtabak Singapura

Lokasi:
No. 1-4 Batu 1,
Tanjung Agas,
84000 Muar
Johor

Contact:
017 - 616 4484 (En Hamdi)





orait! sekian dulu dari saya Aloy Tungku juh!

3 comments:

annurLiya Ghani said...

sedapnyer ;p

hellghast said...

nak try ke? tehehe...

Anonymous said...

semasa saya kecil ayah selalu beli murtabak singapura dari Johor Bharu. Mmg sedap dan lain dari murtabak yg ada sekarang. Sygnya kedai tu dah tak ada. Tapi bila lihat gambar murtabak ni, ia mengingatkan kembali murtabak yg sedap tu. Insya Allah jika ke Muar, saya akan cari.