Powered By Blogger

Tuesday, July 3, 2012

Viva La Espana!!!





Sepanyol hadir dengan idea dari novel,yang terbaru menyimpan kehebatan mereka diperlawanan terakhir.dalam mencapai sesuati yang tidak diduga mereka telah memecahan rekod dan menjawab kritikan daripada mereka2 yang menuduh Sepanyol sudah hilang Magisnya. Mungkin,tetapi semua itu sebahagian dari perjalanan...mereka masih memukau...

Pasukan Itali cuba untuk bermain secara terbuka,tidak seperti trademark mereka iaitu bermain secara bertahan dan mengharapkan serangan balas pantas,mereka cuba untuk mengimbangi perlawanan dengan mengamalkan corak menyerang,ini harus dipuji...sememangnya itali bermain secara menyerang seolah2 mengkhianati seluruh budaya boleasepak Itali itu sendiri. Diseparuh masa pertama apabila mereka bermain baik serta melakukan percubaan,tetapi diimbangi dengan tindak balas dari Iker Casillas.

Andrea Pirlo pemain yang disebut2 bakal mengetuai jentera serta nadi kepada pasukan Itali tenggelam dek kehebatan pasukan Sepanyol yang mendominasi serta menyerang secara bertali arus...

kesilapan percaturan Ceasar Prandelli (jurulatih Itali) menggunakan 3 pertukaran pemain mengundang padah apabila Thiago Motta mengalami kecederaan,ianya merupakan detik permulaan mimpi ngeri skuad Azurri.
sudahnya Sepanyol menewaskan Itali dengan keputusan 4 - 0 masa 90 minit permainan.


Sepanyol telah mencipta sejarah yang mana tidak terfikir oleh peminat2 La Roja. Ya gua sendiri tidak pernah bermimpi pasukan gua berjaya menjuarai 3 kejuaraan didalam perlawanan kompetetif,manakan tidak Sepanyol sebagai kuasa besar bolasepak sentiasa menghampakan penyokong2 mereka,pertama kali gua menyokong Sepanyol adalah ketika Piala Dunia 1998 yang mana mereka dikatakan calon menjadi juara tetapi dihampakan oleh Nigeria diawal 
perlawanan pembukaan.

Namun ianya berubah ketika Euro 2008 dimana Sepanyol telah menukar emblem logo pasukan mereka,terdetik juga dihati gua,dengan perubahan ini diharap segala harapan dapat diterjemahkan...dan kesudahannya mereka memenangi Euro 2008 menewaskan Jerman.

Piala Dunia pula menyusul,disebalik tewas diperlawanan pembukaan kepada tuan rumah Switzerland,Sepanyol bangkit untuk memenangi piala yang amat mereka idam2kan. Kali ini menewaskan pasukan Belanda. Rahsianya ialah corak permainan 'Tiki Taka' iaitu kawalan bola yang tepat,bermain sebagai satu pasukan,menyerang sebagai satu pasukan,bertahan sebagai satu pasukan.

Kini Euro 2012 kembali lagi,persoalannya mampukan pasukan yang memenangi dua kejuaraan ini berjaya mencipta sejarah ataupun hanya mampu mengikuti jejak pasukan Perancis yang mana memenangi Piala Dunia 1998 dan memenangi Euro 2000 tetapi pulang awal tanpa kemenangan,lebih memalukan tanpa jaringan dihasilkan ketika Piala Dunia 2002 yang ketika itu Korea-Japan menjadi host bersama.

Yang dibimbangkan mula menjadi seolah2 kenyataan apabila jurulatih Sepanyol Vicente Del Bosque(jurulatih kegemaran gua ketika di Real Madrid) menggunakan formasi 4-6-0. ya! formasi tiada rangkaian penyerang. Formasi yang tidak pernah difikirkan oleh kebanyakan jurulatih dizaman bolasepak moden ini,kejutan ini membawa kepada kejutan yang mana pasukan Ilati yang dilanda masalah skandal mengatur perlawanan berjaya mengikat Sepanyol didalam perlawanan pertama.

Permainan mereka tidak seperti mereka memenangi Piala Dunia lepas,ramai yang tidak berpuas hati,gua sendiri menyumpah bila Sepanyol mengamalkan corak 'Tiki Taka' yang pada gua membosankan...gua suka perlawanan yang rancak,kerana memang itulah sifat gua sejak gua bermain Winning Eleven 4 di Playstation.sape nak tgk game bosan yang tiada serangan,hanya hantaran demi hantaran tanpa hala tuju? baik gua tido,sudahlah perlawana mula awal jam 3 pagi.

Namun rupa2nya Sepanyol menyimpan yang terbaik ketika Final Bertemu Italy,iya Itali,dah mcm Euro 2008 pula situasinya dimana mereka berjumpa Rusia di peringkat kumpulan dan disuku akhir.Difinal itu 'Tiki Taka' kembali Magisnya permainan yang memang cantik,sama seperti apa yang dihidangkan ketika perlawanan akhir Piala dunia dahulu.

4-0 suatu jaringan yang besar didalam sejarah Euro untuk perlawanan akhir,Fernando Torres menjadi pemain yang menjaringkan gol didalam 2 Final,tak kurang juga sejarah tercipta apabila Juan Mata menjadi pemain simpanan yang paling pantas menjaringkan gol.

Kamilah Juara Sebenar...
memang,gua tak nafikan,korang pertikaikanlah,korang bandingkanlah dengan pasukan Samba Brazil tahun 1970,yang penting Sepanyol memenangi 3 Piala kejohanan besar...itu dah cukup membuktikan mereka layak digelar pasukan terhebat abad ini...gua sebagai penyokong Sepanyol amat berbangga...tak sia2 gua menyokong pasukan ini walaupun dulunya sikit punya payah nak menang kejohanan besar.

VAMOS!!!