Friday, April 29, 2011

Jersi Baru Real Madrid Champion League!!!

aku memang penggemar jersi yang rare dipakai serta pengumpul jersi yang aku rasakan cantik!
ok...ok...kali ni aku tak sabar nak share jersi terbaru yang baru je sampai semalam...
Enjoice!!!
Real Madrid 3rd Jersey 2010/11 Champion League!!!


jersi kosong tapi aku iron patch sendiri...tehehe...

Patch Juara 9 kali Uefa Champion League juara terbanyak!
serta patch UEFA Respect
Patch ikon Champion League


sebenarnya koleksi jersi aku dekat 15 helai yang mana aku kumpulkan semenjak tingkatan 2 lagi
tapi banyak yang dah hilang atau dah dibuat lap lantai huhuhu...
wokeh sekian untuk tatapan pandangan mata.

Buku Pilihan : Tak Payah Sombong Pun Tak Apa



Aku bukannya minat membaca buku2 ilmiah ni,tapi sesekali minat tu dtg...apepun layan juga...yang penting isinya tidak membosankan...

Thursday, April 28, 2011

Kadangkala





Kadangkala...

Kadangkala hati suka...

Kadangkala membawa duka...

Kadangkala hati jiwa...

Kadangkala penuh rahsia...

Kadangkala seribu cara...

Kadangkala apakan daya...

Kadangkala menang jua...

Kadangkala dirampas gembira...

Kadangkala...

Wednesday, April 27, 2011

Bukan Lelaki Itu









Aku bukan lelaki...seperti arjuna selalu berani


Kerana cintanya disanjung hingga kini oleh pujangga...


Andai aku pujangga...pastinya ku aturkan baris kata cinta...
Melebur curiga dan rapsodi indah yang membujuk asa...


mimpimu...kasihku...


Kusedar...
Kau hanya...mengharapkan cinta ini bagus akhirnya...
Saatnya kau serah...seluruh cintamu kepadaku kau balutkan luka...


Kalaulah... 
Diriku...
Tidak...
Serupa...
Sebagaimana kau jangkakan dapatkah aku kau terima...


Biarlah...
Dirimu merangkup bahgia...sebagaimana kau idamkan 
Dariku seorang insan yang biasa...


Cuma satu kesetiaan dapat kuberikan...

Friday, April 22, 2011

Shing Kuang

Ulang pandang...
Yang kehilangan....


Apa datang...
Tak diundang...


Sudah mahunya...aku dicoba...!!!


Tembok batu...yang kekerasan...
Rahsia...yang tak kepastian...tafsir alam...kupas malam pada diri dalam hati...
Ada diri....
Songsang....


Membelah...butir bintang...
Mencari...seulas erti dalam diri mungkin keji dalam puji tersembunyi...
Itu diri...
Siapa...


Ramai diam terus hilang dikalangan bayang-bayang itu malam...
Tengah laut terus karut hilang hanyut kata-kata yang tak faham...


Shing Kuang...malam...


Janganlah kau melihat....salah pandang jalan tembus lalu kabur mata yang tertutup...
Oh mestikah ku berkata...lihat jelas siang terang lalu tembus hati yang terkunci...



Tembok batu...
Yang kekerasan...
Rahsia...
Yang...
Tak kepastian...

Thursday, April 21, 2011

Review filem yang sedih untuk ditonton - Hachi



aku tau aku memang perangai mcm cilake sekali sekala,tapi aku jugak ade soft spot bila berkaitan dengan haiwan...ye aku tau korang mesti nak kutuk atau nak keji kan? tapi takpe,mcmlah korang tu tak pernah sedih  bila mana haiwan korang mati atau sakit...


ok kisahnya diambil dari kisah benar di Jepun,seekor anjing baka Akita,disana nama panggilannya Hachiko,yang bermaksud angka lapan,Hachiko lahir disebuah ladang berdekatan bandar Odate,pada tahun 1924 Hidesaburō Ueno,seorang professor bahagian Agrokultur,di University of Tokyo telah mengambil Hachi sebagai haiwan peliharaan,selama setahun Hachi akan menghantar tuannya ke stesen keretapi dan akan datang kembali pada jam 5 untuk menjemput tuannya.




Namun suatu hari Hidesaburō diserang penyakit otak dan meninggal dunia,dan tidak pernah kembali ke stesen keretapi Shibuya.menyedari yang tuannya tidak pernah muncul dirumah,Hachi mengambil keputusan untuk menunggu Hidesaburō setiap hari di stesen.




Hachi menanti siang dan malam selama 9 tahun sehinggalah Hachi mati pada 8 March 1935 dijalanan sekitar Shibuya.sehingga kini Tugu Hachi telah dibina bagi memperingati kesetiaan seekor anjing kepada tuannya,begitu sayang Hachi kepada tuannya.


Aku kalau ikutkan tak sanggup nak teruskan tonton kisah ini,ntahlah kalau lelaki hebat mcm aku pun boleh menitiskan airmata,apatah lagi budak2 kememeh mcm korang,sure meraung mcm putus cinta,malahan aku rasa lebih touching tonton kisah ini dari menonton kisah cinta melayu yang merepek2...tapi disebabkan aku nak tahu apa jadi di pengakhirannya aku terpaksa buat2 takde ape walaupun dah bergenang dah...cilake!


aku cuba menyelami hati anjing ini,apakah yang menyebabkan dia begitu setia menunggu siang dan malam selama 9 tahu tanpa jemu,sedangkan kita manusia yang punya hati dan perasaan baru berpisah hari ni bulan depan dah jalan-jalan bershoping kat Sogo dengan pasangan baru! 


apapun aku cadangkan tonton kisah yang menyayat hati ini...aku cabar kaorang tonton kalau berani huhuhu...

Saturday, April 16, 2011

Jenis-Jenis Ragam Pengguna Facebook!!!




anda kenal facebook?amat keji kalau korang kata korang tak tau ape itu dan facebook! malahan aku yakin disaat ini korang pun sedang seronok melayan facebook bukan?
ok...ok kali ni aku nak listkan sikap2 dan ragam tatatertib di facebook...jika ade yang terasa minta maaflah kerana ini dari pandangan aku,tapi kalau pandangan korang lain maknanya salah seorang dari kita bengong ok!




Jenis Span
Jenis ni memang ramai,mereka amat gemar add kawan2 dari yang kenal,tk berapa nak kenal sampailah takde kaitan dalam kehidupan mereka,pantang nampak awek comel atau pakwe jambu automatik gatal jari add request,in the end hanya 10% sahaja yang korang mampu layan,selebihnya pasif...sebab tu ramai org yang ramai pasangan mengadu penat tak terlayan!




Jenis Takde Keja
Jenis ni aku rasa aku termasuk sekali hahaha!!! spesis ni memang superb! rajin mengomen,kadangkala wall org lain dah mcm wall mak bapak dia! tapi bagusnya spesis ni memang amat mudah mengomen serta peka terhadap apa yang berlaku,so dalam erti kata lain kalau lelaki elok buat calon ni!!!




Jenis  Talam
Jenis ni ade jugak,spesis ni lebih kurang dengan aliran hipokrit la,contohnya bila komen memang hebat sampai keluarkan dalil2 dan surah2 tapi status kat wall mcm haram malahan kalau korang bernasib baik korang boleh jumpe gambar agak kurang senonoh disitu!
terdapat juga jenis yang nak tunjuk diri tu alim namun dari satu sisi gelap,ade kepentingan...mcm nak ushar awek2 comel...spesis ni aku tarbiyahkan...pigidah!!!




Jenis Pizza
Jenis ni biasanya kita jumpa dan kita alami bila kita add seseorang atau sesuatu page yang mana kita rasa best dan enjoy,namun mcm pizza,makan time panas memang lembut,tapi bile sejuk roti dia mcm roti prata!
begitu jugalah dengan spesis ni,mula2 memang tak lekang,tapi lama2 dia slow dan sejuk!,ini normal terjadi...aku pun alami juga...hahaha!!!




Jenis Lilin
Jenis ni dia tak ade sikap pilih kasih,dia sentiasa membantu menghiburkan,menasihati,menemani tak kira waktu atau waklu! so sebab tu jangan gatal2 main aaaadddd aje,pilih mana yang elok...alah mcm nak pilih calon jugak...




Jenis Lalang
Hah!!! jenis ni memang mcm pencacai pengangkat najis! jenis ni dia kalau syok duduk dlm satu page atau syok kat seseorang tu,semua atatus atau komen kawan tu walaupun salah pada mata Neutral,tapi bagi spesis lalang ni mcm kaki bodek,sentiasa menyokong walaupun cara kawan tu salah...jenis ni memang aku selalu jumpe...biasenya pompuanlah...hahaha!!! tak caye?try bezakan status2 sahabat lelaki dan perempuan...silakan!




Jenis Sengal
Aku termasuk dlm kategori ni,sebab aku kalau komen memang cakap lepas,adakalanya memang ade insan yang Takasima,ape nak buat aku orang Muo,jiran dengan Melaka,memang bahasa kasor! tapi hati ahli syurga  beb...Hahaha!!!




Jenis Gedik
Hah jenis ni memang banyak aku jumpa! kebiasaanya spesis ni selalu tulis status 'aku tensionlah!!!',aku 'sedih sangat' 'awak x hensem,kita tak suke' tapi bile kita tanya 'ape dia?' ' kenapa jadi camni?'  kebiasaannya mereka mcm kerang busuk komen...'takde ape2 hihihi' 'adelah hihihi' maka spesis ni memang layak dilempang laju2 ko dah tau tak nak cerita dengan orang tapi yang ko kecoh2 apasal! ni yang tetibanya gua rasa amat bangang! hahaha!!!




Jenis Bangang!
Jenis ni suka maki tak kira pada lelaki mahupun wanita,spesis ni biasanya kurang kasih sayang dan jenis baru nak naik...so memang spesis ni kalau jumpe memang patut korang Blocked aje,takut lama2 terikut2 sikap kurang kasih sayang


Sebenarnya banyak lagi ragam2 yang ade tapi kalau aku taip lagi aku yakin makanan yang aku makan sekarang ni sure dah dihadam.hahaha!!!


korang tak puas hati? tinggalkan komen hahaha!!!

Friday, April 8, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat : Perbezaan Telur Ayam Tiruan

Baru baru ni kecoh pasal telur! ye telur kalau dulu cakap pasal telur lelaki yang paling terasa dan kaum hawa hanya mampu tersengih memikirkan telur lelaki...demm!


tapi sekarang cakap pasal telur kaum hawa pulak paling risau ketika memilih telur...sebab ape? sebab sekarang dah ade telur tiruan! ye! telur tiruan! korang ingat manusia aje ke yang ade tulen dan tiruan?


Ini Bukan Anu Dalam Botol...yang tgh hot kat panggung!
Ini pasal Bahan Kimia Dalam Telor yang buat kita panas punggung!
untuk pengetahuan semua,telur  tiruan ini dah lama dari tahun 2008,cuma baru2 ni memasuki pasaran Malaysia!




ok..ok...aku stop merepek,kita terus menerus kepada telor kita!!! disini aku try cari maklumat bagi mereka yang kecoh lebih tapi malas nak kaji perbezaan antara telur Tulen dan Tiruan




sebelah kiri telur tiruan dan sebelah kanan telur tulen


cara2 membuat telur tiruan


Bahan2nya Calcium Carbonate,starch,resin,gelatin,alum dan lain2 yg aku tak paham barang China


Bahan kuning telur diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama Calcium Chlorida


Cecair ' kuning telur' dimasukkan kedalam cetakan bulat


Lapisan luar kuning telur terbentuk 


Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonat. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapis luar terbentuk dan menebal


Setelah siap,telur tersebut dikeringkan bagi mengeraskan lapisan luar.


Telur tiruan lebih besar dari biasa,tidak berbau,berkilat dan kasar




So dengan Info ini,aku harap kita semua berhati-hati,ini semua keja peniaga kaum *beep* yang memikirkan keuntungan semata!

Benda yang menjengkelkan yang korang mesti pernah kena di Fast Food!

 Oh yeah fastfood joints kini dah jadi the norm bagi orang Malaysia. It is so common that we actually have more Fastfood outlets in Putrajaya than the whole of Iceland! Dekat Iceland ada 3 je McD. Tapi sekarang semua dah bangrap kerana kegawatan ekonomi global. Anyway masa aku kecik dulu makan maybe sekali in a few months for special occasions. These days aku makan at least once a week. Oleh kerana kekerapan makan fastfood aku notice few jengkelious things yang kita boleh jumpa di fastfood joints. Time to rage!


Wifi Whores (WW) ialah fenomena paska millennium yang sungguh jengkel. Kalau pergi McD area Serdang memang banyak WW di dalam dan luar McD. WW in itself tak annoying. The problem dengan WW ialah diorang tak reti nak limit how many hours diorang nak lepak kat McD. Peak hours orang tengah sesak nak carik seat diorang boleh selamba tak malu layan Facebook berjam-jam kat situ (layan Farmville and etc) .


 I wonder, kalau boleh hari-hari makan McD, takkan tak mampu nak subscribe broadband? Setau aku Wimax paling murah is less than 50 bucks. That is equivalent to makan McD lunch set medium selama 5 hari. Then why the hell tak layan Facebook dekat rumah. Nak jugak layan dalam restoran for hours on end.Digi Internet Prepaid aku pun sehari hanya RM2 jauh gile murah daripada Mcchicken yang harga dia boleh layan 5 hari internet! Cheapo bastards.

Tak cukup leeching Wifi ,depa leach electric jugak sampai berselirat wayar laptop dia atas lantai. Lepas tu kan kalau kita ter-usha website yang dia tengah surf or IM conversation dia, dia bagi kita stink eye. Bangang!. Nak kata miskin sangat, makan McD. Nak kata papa kedana, laptop semua mahal-mahal (terutamanya Macbook users yang suka sangat tayang Tardbook Pro dia). Kalau tak nak orang look over your shoulders masa tengah chat or layan Facebook sila bungkus laptop kamu dan surf dekat rumah ok.



MLMers ialah spesies manusia yang buat sales pitch (i.e con pitch) dia dekat McD. Zaman dulu selalunya MLMers suka carik mangsa dekat Kopitiam or mamak. These days maybe nak tunjuk dia berduit sikit diorang arrange jumpa dekat fastfood joinst. Upscale lah sikit. Lepas tu diorang pun open laptop dan buat sales pitch kepada mangsa yang “terpaksa”dengar dia cerita pasal kehebatan Hai-O,Bakhil Hayy MLM.


 The thing is MLMer (lamers?) kalau buat sales pitch cakap gebang gila. Dekat meja dia maybe ade 3 orang je potential victims, tapi dia cakap suara kuat macam Guru Besar masa perhimpunan sekolah;

“Kalau nak kaya kena ada ikhtiar bang. Dengan pelaburan minima 4000 abang dijamin dapat pulangan 500 seminggu. Kalau lagi banyak melabur lagi banyak duit abang. Sebulan je dah dapat cover separuh initial investment abang”



"ini bukan MLM ana tak tipu,tapi kenalah cari orang,bisnes ana Halal..."
Aku rasa ini intentional. Alang-alang nak sales pitch biar satu restoran dengar. Mana la tau ada dumb asses lain yang senang kena tipu terdengar dan tertarik nak invest dalam ponzi scheme dia.

One thing yang aku tak paham kan ialah, why can’t the dumb people who listens to the bullshit pinjam laptop MLMer in for 4 minutes and then Google search the damn scheme on it. Alang-alang ada free WIFI kenapa tak gunakan opportunity ini untuk PWND MLMer right on the spot. Ni tidak. Dengar je cakap bohong dia sambil menggigit McNugget yag dibelanja.





Speaker Wayang (SW) ialah manusia yang datang fastfood joint lepas tu cakap kuat nak mampos. SW berkongsi DNA yang sama dengan MLMer cuma diorang tak jual barang je masa cakap. They are just there to annoy other patrons with their high decibel yammering;

“Aku beli IPOD kat Ostolia hari tu murah lagi dari aku beli kat Pavilion”
“Berapa murahnya?”
“Dalam 30 dollar murah. Also aku ada jailbreaked IPhone aku angkat dekat Apple Store New York aritu”
“Murah jugak lagi ke?”
“Lagi mahal tapi aku tak kesah. Beli kat New York punya lagi bagus dari Maxis punya”
“Apasal lak”
“Pasal US mari. Yang Malaysia ni diorang buat kat China je. Tak sama kualiti”
“Kenapa tak sama?”
“Aku dah try Maxis punya. Response time dia 0.04 YOKTO seconds slower. Inferior!”

Repulsive sungguh. Macam orang pedulik je engkau ada 18 Ipods. Paling bullshit sekali ialah SW yang gelak mengalahkan Pontianak. Ni exclusive kepada golongan wanita yang makan dengan balak;

“AHAHAHHAH YOU NI FUNNY GILA LA BAYBEHHHHHHH.........AIEEEEEEEE HIHIH”
“Tapi I tak buat lawak tadi. Kenapa you gelak?”
“That why you are so funny cayunkku. You cerita pasal proses Fotosintesis fun I find it hilarious.. AIEEEEEEEEEEE HIHIHI!!”
“Ok lepas ni I cerita pasal Yeast Infection pulak ok?”
“AIEEEEEEEEEEEE.. YOU FUNNNNNNNNNIEEEEEEEEEEEEE”

Bodoh kayu!!!. Tak reti nak turunkan volume ke? Masa dia gelak aku dapat rasakan telinga aku bergetar pada frekuensi resonan sampai telinga nak tertanggal secara automatik.





Kenapa kan each time aku lapar gila, mesti ada one Sengal yang tak tahu nak order apa. Masa dia que up tadi dia takleh ke nak make up their mind? Dah sampai kaunter baru terhegeh-hegeh nak tengok menu. This is double annoying masa bulan puasa dan berbuka dah dekat. Ini salah satunya babak yang aku edit nama agar lebih menarik;

“Eh adik.. satu bucket berapa ayam?”
“Ada 21 ketul encik”
“Saya nak 16 ketul je. Boleh tak buat special 16 ketul”
“Tak boleh encik”
“Kejap ye saya telepon kawan saya kejap pasal dia order”

Ambik phone;

“Hey Hazrey....... dia tak jual 16 la so camne?.. apa? Kak Limah nak datang parti jugak? Kena beli extra ni.. ok ok”

Tutup phone;

“Ok adik abang nak beli 50 ketul la camtu.. boleh tak?”
“boleh tapi camtu abang beli 2 barrel dengan 3 dinner plate la ok?”
“Ok boleh.. cepat ye dik abang ada kenduri berbuka”

Phone berbunyi tiba-tiba;

“Hello. Hazrey ye apa? Nabil nak datang dengan Fasha sekali? Tambah berapa ayam? Ok ok”

Tutup phone;

“Dik tadi boleh tambah lagi 8 ayam tak? 3 spicy 5 original. Yang 5o tadi 16 spicy yang lebih original”
“Tak boleh bang.. kalau set satu jenis je. Tak leh campur-campur"

To cut a long story short the dude end up "ordering" at the counter for 20 minutes trying to make up his mind while at the same time kept calling his friend for instructions. As for me? Aku nak tegur nanti dia ingat aku kurang ajar,kalau ajak bergaduh sia2 pahala puasa aku (sebenarnya aku tak suke gaduh)

So apa yang korang jengkel sekali dekat fastfood restaurant? Comments below.

Kalau Cikgu Dah Layan AF Dan Mentor Banyak Sangat

Inilah jadinya...jahanam...jahanam...anak murid sekarang jadinya...

Lensa DSLR Termahal Dan Terpanjang DiDunia

redit toCanon EF 1200mm f/5.6 L USM


Kalau ke KLCC sekarang mesti anda boleh lihat kelibat manusia-manusia berkamera DSLR. DSLR sudah menjadi hobo kegemaran dikalangan remaja dan young adult dari kelas pertengahan di Malaysia. Semua nak tunjuk skill dan gear yang mahal macam. Well kalau anda seorang peminat DSLR, ini ialah lensa tahap dewa yang boleh membuatkan anda menjadi raja DSLR Malaysia.


setakat nak tengok planet Pluto tak perlu pegi bulan...hahaha!!!










Canon EF 1200 f/5.6 L USM ialah lensa terpanjang yang pernah dibuat oleh Canon. Ia mula dibuat pada tahun 1984 khas untuk sukan Olimpik di Los Angeles. Sejak itu sebanyak 20 lensa besar gedabak ini wujud didunia. That means you are more likely to find a Bugatti Veyron than this uber lens.








How uber? Jika anda menempah lensa ini, anda perlu menanti selama 18 bulan sebelum ianya sampai ke tangan anda. Sebabnya ialah kanta kristal fluorite yang digunakan memerlukan masa setahun untuk membesar ke saiz yang sesuai (kanta fluorite dibuat secara artificial didalam makmal - macam mutiara) . Anda juga perlu membayar USD 120 000 untuk memiliki lensa ini! Shit. Tak cukup dengan harga yang mahal beratnya juga boleh tahan. Setiap unit lensa ini beratnya ialah 16.5 kilogram! 





Dragon Ballz Versi Realistik



Laporan asal arethemost.com

Wang 100 Trillion

Seorang forumer bernama DIVLIN menjual wang 100 trillion dollar dari Zimbabwe ini dengan harga RM14 sekeping. Actually that is MORE than the value of the money itself. Menurut Divlin dengan wang kertas ini korang boleh beli telur je di Zimbabwe. Walaupun aku rasa agak cool duit ini, RM14 untuk satu terlalu exorbitant.

Thursday, April 7, 2011

Taman Tema Terbaru!!!

Di Malaysia bila hujan je peminat bola bertempiaran carik atap. Aku pernah tengok bola dekat stadium Larkin dulu. Bila hujan dan petir sambung menyambung fans semua lari carik cover. Takut kena panah petir. Basah tu tak pedulik sangat.

Gambar dibawah ialah gambar di Stadium Morumbi , stadium kelab bola sepak Sao Paolo. Dalam perlawanan menentang Palmeiras hujung minggu yang lalu hujan turun mencurah-curah sehingga tempat duduk penonton pun banjir. Ini adalah kerana sistem pembentungan stadium Morumbi yang sudah tidak berfungsi

Walaupun dah banjir kipas susah lemas (instead of kipas susah mati) Sao Paolo masih memberikan sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka. Perlawananan berkahir 1:1 dan kini Sao Paolo mendahului liga Brazil.


FAM pening mcmana nak tarik peminat bolasepak tempatan? inilah caranya..sambil menonton,korang boleh bawa family berkelah kat stadium! menarik bukan? hahaha!!!




kredit to obe

Wednesday, April 6, 2011

Sepi



aku terkadang menung...terimbas secara tiba2 suatu filem yang amat hebat bagiku

filem Sepi...

aku tertarik dengan dialog Adam dan Sufi di dalam naskah cerita yang aku kira besar ini.

kata Adam kepada Ilana:
"mengapa kita ditakdirkan bertemu untuk berpisah?"

kata Sufi kepada Marya:
"mengapa kita ditakdirkan bertemu kalau bukan untuk bersama?"

ini antara persoalan yang sering menerpa tidak kira siapa sahaja yang pernah melaluinya...

emmm anda pernah menyatakannya?

pernah merasakannya?

dan aku yakin sehingga kini masih tiada jawapannya...

jika ada yang terimbau kenangan lama...

biar je ingatan tu datang. nanti bila dah penat, ingatan tu pergi sendiri.

kalau sayang sudah berumbi, memang sukar untuk membenci.

P/S ini mungkin rasanya madah aku yang terakhir...siapa tahu...


selama ini ditatang sudah tidak seimbang lagi duduknya di atas telapak tangan.

teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan, menanti masa untuk jatuh berderai. 

Hala Madrid!!!









Ahh...mengantuk betul mata ni masa bangun,ni semua dek bola...dan pagi ni aku nak kongsi pasal game semalam...


Perlawanan pertama separuh akhir antara Real Madrid bertemu Tottenham Hotspurs


Perlawanan timbal balik kali ini bermain di laman Madrid...Santiago Bernabeu!!!
aku biasa menonton bola Champion League antara kelab England dan kelab2 eropah lain,kebiasaannya pengulasnya memang orang England...setakat kalau Rudeboy Rooney yang suke maki2 lepas gol tu score memang pengulas tu menjerit mcm kena histeria lebih sikit...tapi kali ini lain pula...


aku tak tahu la sape pengulas tu,tapi kali ini amat2 berat sebelah atau BIAS!
dari mula mengulas semuanya menceritakan potensi spurs...dan ini membuatkan aku panas telur!! yee telur rebus aku panas!!


amat memalukan pengulas ini menceritakan :


"kita perlukan itu...kita perlukan ini" masa mengagung2kan pemain spurs


"kad kuning kepada Pepe amat tepat" masa Pepe tackle Bale tapi tak lepas


"ketika Dawson menepis bola dengan tangan "referre bagus! kerana bukan sengaja" memang sengaja pun


"Bale setaraf dengan pemain bola yang paling Legeeendd di dunia dan kita perlukan dia" dia menang anugerah ape?


"bila referre menghadiahkan kad kuning kepada Adebayor,pengulas puji "pengadil Jerman ini punyai pengalaman selama 35 tahun dan beliau amat bagus mengadili setiap game" tapi bila pemain Spurs kena kad 2 minit lepas itu mereka panas telur dn mengulas "Poor2 decision by the referre" apakah ini???!!! cakap mcm ahli politik yang nak cat rumah pangsa


pengulas itu amat bias kerana bila Real menjaringkan gol ketiga,pengulas ESPN ini sibuk menceritakan "spurs boleh tewaskan Real kerana mereka dah mengalahkan Juara tahun lepas Inter Milan di peringkat kumpulan serta mengalahkan AC Milan yang memegang rekod 7 kejuaraan...benar masa tu anda hebat,tapi ini Real Madrid!!! Juara 9 kali dan terbanyak! dan tahukah anda?mereka menang berapa banyak kejuaraan?


31 juara La Liga
17 Spanish "Copa del Rey" Cups
Spanish Super Cups
UEFA Champions Leagues
UEFA Cups
1 UEFA Supercup
3 Intercontinental Cups


dan Real Madrid menutup mulut pengulas itu dengan 4 gol tanpa balas dan tanpa serangan balas dari pasukan spurs


Terima kasih kepada Adebayor kerana membayor kepercayaan dengan 2 gol
tak lupa juga kepada Di Maria kerana satu gol yang dihasilkan ditujukan kepada Santana kerana menyanyikan lagu 'Maria Maria' emm sedap lagu ni...
serta kepada budak jahat tapi hebat,Cristiano Ronaldo,ala dia ni mcm biase memang lipas kudung...






Tahniah juge kepada aku yang memakai Jersi Real dan seluar satu set pagi tadi,siap ade nama Raul lagi kat baju,hasilnya Real Menang dan Schalke 04 menang dan what do you know? Raul score hahaha!!!

Tuesday, April 5, 2011

Salah berbicara atau tak paham isi cerita?

Kali ini aku nak buka sebuah cerita yang berlaku baru2 ini juga,tentang musibah alam yang berlaku di Jepun...

benar,gempa bumi serta tsunami yang melanda negara matahari terbit itu...ucapan takziah dan simpati yang tak dapat dihamburkan dengan kata2 mahupun tinta,disana sini sibuk bercerita tentang malapetaka,tidak kurang di Facebook mahupun diforum-forum...

namun apa yang ingin aku kisahkan ialah bukan kerana sifat orang kita yang penuh dengan pemurah,tapi sikap orang kita yang dalam kasihan sempat mengutuk serta menjadikan mereka satu bahan perlian mahupun bahan jenaka.



"maybe tsunami ni terjadi sbb jepun menggalakkan seks..."


"Tuhan tak merestui Jepun bina loji nuklear
dan bersekongkol dengan Amerika.
Sebab tu loji tu meletup dan musnah."



"japan terlalu byk sumber seks dri mainan,game,hentai "


"alamak aduh....nnti smua jd mutan"


diatas ialah quote kata2 yang aku ambil dari salah satu forum yang aku selalu lawati,kemana perginya sikap simpati kita yang sebenar2nya? dalam simpati sempat mengutuk? jika kita benar2 simpati,kita tidak sekali2 menyalahkan mereka atau mengutuk budaya hidup mereka...!!! ini...ini gagal!!!


bersengkongkol dengan amerika?seluruh dunia ade perhubungan dengan amerika kecuali Iran dan Korea Utara,dari segi ape yang ko kata dia bersengkongkol?bagi maklumat sikit agar kita sama2 boleh share...sedangkan Korea Selatan tu lagi rapat pulak.

ini bukan masa kita kutuk2 mereka galakkan seks la,mereka buat hentai la...dan lain2 masa ni kita kena simpati,bukan tuduh dan menjatuhkan mereka,korang memang kejam kalau ade seseorang ditimpa masalah dan korang tambah serta tuduh bukan,sedangkan mereka memerlukan simpati untuk bangun semula.kalau korang kutuk pelukis yang bangang lukis gambar Ultraman kena Tsunami,korang pun same sahaja.

kita kutuk cara hidup Jepun dan budaya masyarakatnya,namun berapa ramai yang mengutuk tu selama ini menggunakan benda2 dan teknologi dari Jepun? ini tidak adil!

adakah dengan menuduh mereka macam menjadikan kita lebih mulia?
ada lebih baik korang bagi sumbangan walaupun sedikit ataupun berdoa agar mereka selamat...



kalau mereka yang kata Jepun ditimpa Bala sebab banyak buat dosa mereka silap,kita tengok zaman nabi,Allah turunkan bala tak kire agama Islam atau kafir,semua kena...

aku amatlah  Butthurt dalam isu ini,tapi nak menyedarkan mereka2 supaya dlm keadaan ditimpa musibah,janganlah kutuk2 sebab benda ni berkitar,esok lusa jadi kat kita...mana kita tahu tak?