Ok untuk entry bulan Jun aku akan mulakan dengan ulasan filem Karak!
‘Karak’ merupakan filem keluaran KRU Studio! korang tak kenal KRU? korang memang tak layak digelar peminat rapper! hahaha!!!
ok para pelakonnya ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.
Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka
Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.
Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
Ok ulasan aku pulak...!!! jeng jeng jeng!!!
Aku dah suruh member aku bookingkan tiket pukul 7.15 petang,ahh gua tak kisah,maghrib pun magriblah,sebab time maghriblah setan2 suke keluar,dan gua yakin setan ni keluar kat GSC Alamanda! Sampai2 aje aku terus tuju kat tandas,sebab aku tak nak jadi macam dulu aku tahan kencing lebih 2 jam!
aku amik tiket dan terus aku ambil tempat,tak lama lepas tu ade couple ni duduk sebelah aku,dan aku dah mula hangin! sebab mamat tu pakai jersi Barcelona! dan gua pulak pakai jersi Real Madrid! yeah nice one! duduk sebelah menyebelah!
cerita Karak ni bermula memang mcm kisah yang aku sendiri pernah dengar,tentang suami isteri yang keretanya mengalami kerosakan,dan suaminya mati ketika mencari bantuan,dan isterinya diselamatkan oleh kereta peronda yang kebetulan lalu di tempat kejadian.ok mula2 ni memang aku rasa seronok dan teruja!
Kemudian diceritakan kisah 4 orang remaja yang melalui melalui jalan lama karak untuk sampai ke Kuantan,permulaan cerita amat baik sekali,babak dimana Jack diganggu oleh kanak berbaju sekolah bermain sorok2 diwaktu malam dan Makcik yang minta tumpang memang berjaya membangkitkan ketakutan.ok ini memang bijak dan menyeramkan,tandas dimana budak sekolah main nyorok2 tu pun memang aku tak payah pikir 2 kali nak buang air!
Kemudian muncul Volkswagen kuning! yeah!!! ini favourite aku! Volkswagen kuning kalau cerita org kg,setiap kali kita potong dia,tak lama keta kuning ni akan berada didepan kita lagi! tapi dalam filem ini terbalik,wolkswagon tu yang potong kereta 4 sahabat ni dan secara tak langsung menjadi punca kemalangan.
ketika kereta mereka terbabas,salah seorang iaitu Zura tercampak keluar dari kereta,tapi aku pelik bila sedar,minah ni mcm tak luka langsung,hanya tempang sedikit tapi laju pulak jalannya! demm!! kalau sakit pun buat2 la serius tempangnya!
Kemudian mereka diselamatkan oleh seorang orang tua bernama Tok Malam!yang aku tak puas hati,diaorang dah nampak hantu tapi masa kat rumah org tua tu diaorang mcm relaks aje,yang Zura ni dari awal cerita trademark dia "saya/aku tak faham lah kenapa semua ni terjadi!!!" sampai nak ujung cerita! tapi part yang aku tunggu2 sekali ialah sahabt si Zura iaitu Ida yang bangang nak mandi pukul 3 pagi!
aku harapkan ade unsur2 18sx! tapi just berkemban aje! ciss!!!
sepanjang jalan cerita aku agak annoying bila ade mcm lawak sikit awek2 ketawa mcm benda tu lawak sangat! padahal tak lawak pun! dan yang bawak awek pun same,awek gelak si pakwe pun ikut gelak mcm tgk Maharaja Lawak! cilake! annoying tau tak!!! aku dah mula rasa nak lempang sorang2!
sepanjang jalan cerita aku agak annoying bila ade mcm lawak sikit awek2 ketawa mcm benda tu lawak sangat! padahal tak lawak pun! dan yang bawak awek pun same,awek gelak si pakwe pun ikut gelak mcm tgk Maharaja Lawak! cilake! annoying tau tak!!! aku dah mula rasa nak lempang sorang2!
aku malas nak taip panjang2 so aku cerita pasal ending lah.
endingnya ade lawak,ade seram sikit,dan ade sedih yang pada aku rasa nak carut! manakan tidak,Zura seorang ala2 bekas ustazah dan johan Qariah tuh! tapi tak mcm beragama sangat! tapi part yang aku tepuk dahi bila mana pakwe Zura ni mati tapi boleh pegang tangan Zura plak tuh! adoi sebiji mcm cerita ' Ghost ' sedangkan cerita sixth sense pun tak mcm tu! huhuhu...
endingnya ade lawak,ade seram sikit,dan ade sedih yang pada aku rasa nak carut! manakan tidak,Zura seorang ala2 bekas ustazah dan johan Qariah tuh! tapi tak mcm beragama sangat! tapi part yang aku tepuk dahi bila mana pakwe Zura ni mati tapi boleh pegang tangan Zura plak tuh! adoi sebiji mcm cerita ' Ghost ' sedangkan cerita sixth sense pun tak mcm tu! huhuhu...
Tapi Tagline yang memang jadi Trademark filem ini ialah!
Encik...boleh tolong saya encik~~~
Kenapa takut,kata orang beriman~~~
dua2 ayat ni memang terbaik! hahaha!!! mcm haram bukan! memang seram! bagus! sebab malam ni aku sorang sorang kat rumah!!!
Kesimpulannya :
Special Effect dia hebat!
Prop dia memang nampak semulajadi!
Jalan cerita makin lama makin merapu!
Hantu cepat sangat tunjuk muka!
Mamat sebelah pakai jersi Barcelona buat aku hangin!
Special Effect dia hebat!
Prop dia memang nampak semulajadi!
Jalan cerita makin lama makin merapu!
Hantu cepat sangat tunjuk muka!
Mamat sebelah pakai jersi Barcelona buat aku hangin!
ok! kali ni saje ulasan aku,memang aku perasan ulasan aku sendiri merapu dan tak lengkap! aku malas nak taip panjang2 sebab sikit lagi pukul 12 malam! aku nak tido awal! bukan aku takut! sebab esok aku nak keja tau tak! aku ade integriti! korang ape tau!!!
No comments:
Post a Comment