Tuesday, July 3, 2012

Viva La Espana!!!





Sepanyol hadir dengan idea dari novel,yang terbaru menyimpan kehebatan mereka diperlawanan terakhir.dalam mencapai sesuati yang tidak diduga mereka telah memecahan rekod dan menjawab kritikan daripada mereka2 yang menuduh Sepanyol sudah hilang Magisnya. Mungkin,tetapi semua itu sebahagian dari perjalanan...mereka masih memukau...

Pasukan Itali cuba untuk bermain secara terbuka,tidak seperti trademark mereka iaitu bermain secara bertahan dan mengharapkan serangan balas pantas,mereka cuba untuk mengimbangi perlawanan dengan mengamalkan corak menyerang,ini harus dipuji...sememangnya itali bermain secara menyerang seolah2 mengkhianati seluruh budaya boleasepak Itali itu sendiri. Diseparuh masa pertama apabila mereka bermain baik serta melakukan percubaan,tetapi diimbangi dengan tindak balas dari Iker Casillas.

Andrea Pirlo pemain yang disebut2 bakal mengetuai jentera serta nadi kepada pasukan Itali tenggelam dek kehebatan pasukan Sepanyol yang mendominasi serta menyerang secara bertali arus...

kesilapan percaturan Ceasar Prandelli (jurulatih Itali) menggunakan 3 pertukaran pemain mengundang padah apabila Thiago Motta mengalami kecederaan,ianya merupakan detik permulaan mimpi ngeri skuad Azurri.
sudahnya Sepanyol menewaskan Itali dengan keputusan 4 - 0 masa 90 minit permainan.


Sepanyol telah mencipta sejarah yang mana tidak terfikir oleh peminat2 La Roja. Ya gua sendiri tidak pernah bermimpi pasukan gua berjaya menjuarai 3 kejuaraan didalam perlawanan kompetetif,manakan tidak Sepanyol sebagai kuasa besar bolasepak sentiasa menghampakan penyokong2 mereka,pertama kali gua menyokong Sepanyol adalah ketika Piala Dunia 1998 yang mana mereka dikatakan calon menjadi juara tetapi dihampakan oleh Nigeria diawal 
perlawanan pembukaan.

Namun ianya berubah ketika Euro 2008 dimana Sepanyol telah menukar emblem logo pasukan mereka,terdetik juga dihati gua,dengan perubahan ini diharap segala harapan dapat diterjemahkan...dan kesudahannya mereka memenangi Euro 2008 menewaskan Jerman.

Piala Dunia pula menyusul,disebalik tewas diperlawanan pembukaan kepada tuan rumah Switzerland,Sepanyol bangkit untuk memenangi piala yang amat mereka idam2kan. Kali ini menewaskan pasukan Belanda. Rahsianya ialah corak permainan 'Tiki Taka' iaitu kawalan bola yang tepat,bermain sebagai satu pasukan,menyerang sebagai satu pasukan,bertahan sebagai satu pasukan.

Kini Euro 2012 kembali lagi,persoalannya mampukan pasukan yang memenangi dua kejuaraan ini berjaya mencipta sejarah ataupun hanya mampu mengikuti jejak pasukan Perancis yang mana memenangi Piala Dunia 1998 dan memenangi Euro 2000 tetapi pulang awal tanpa kemenangan,lebih memalukan tanpa jaringan dihasilkan ketika Piala Dunia 2002 yang ketika itu Korea-Japan menjadi host bersama.

Yang dibimbangkan mula menjadi seolah2 kenyataan apabila jurulatih Sepanyol Vicente Del Bosque(jurulatih kegemaran gua ketika di Real Madrid) menggunakan formasi 4-6-0. ya! formasi tiada rangkaian penyerang. Formasi yang tidak pernah difikirkan oleh kebanyakan jurulatih dizaman bolasepak moden ini,kejutan ini membawa kepada kejutan yang mana pasukan Ilati yang dilanda masalah skandal mengatur perlawanan berjaya mengikat Sepanyol didalam perlawanan pertama.

Permainan mereka tidak seperti mereka memenangi Piala Dunia lepas,ramai yang tidak berpuas hati,gua sendiri menyumpah bila Sepanyol mengamalkan corak 'Tiki Taka' yang pada gua membosankan...gua suka perlawanan yang rancak,kerana memang itulah sifat gua sejak gua bermain Winning Eleven 4 di Playstation.sape nak tgk game bosan yang tiada serangan,hanya hantaran demi hantaran tanpa hala tuju? baik gua tido,sudahlah perlawana mula awal jam 3 pagi.

Namun rupa2nya Sepanyol menyimpan yang terbaik ketika Final Bertemu Italy,iya Itali,dah mcm Euro 2008 pula situasinya dimana mereka berjumpa Rusia di peringkat kumpulan dan disuku akhir.Difinal itu 'Tiki Taka' kembali Magisnya permainan yang memang cantik,sama seperti apa yang dihidangkan ketika perlawanan akhir Piala dunia dahulu.

4-0 suatu jaringan yang besar didalam sejarah Euro untuk perlawanan akhir,Fernando Torres menjadi pemain yang menjaringkan gol didalam 2 Final,tak kurang juga sejarah tercipta apabila Juan Mata menjadi pemain simpanan yang paling pantas menjaringkan gol.

Kamilah Juara Sebenar...
memang,gua tak nafikan,korang pertikaikanlah,korang bandingkanlah dengan pasukan Samba Brazil tahun 1970,yang penting Sepanyol memenangi 3 Piala kejohanan besar...itu dah cukup membuktikan mereka layak digelar pasukan terhebat abad ini...gua sebagai penyokong Sepanyol amat berbangga...tak sia2 gua menyokong pasukan ini walaupun dulunya sikit punya payah nak menang kejohanan besar.

VAMOS!!!

Tuesday, June 26, 2012

Lagu Pilihan : Ku Undur Cinta


Lagu kali ni gua mempertaruhkan dari saudara Fairuz Selamat,gua kagumi bakat nyanyian beliau semenjak mula beliau berjaya didalam tilawah dan nasyid di negeri Johor.maaflah gua bukan jenis kaki lagu2 dari artis2 popular,gua lebih gemarkan lagu2 dari artis yang kurang bernasib baik tidak popular tetapi mempunyai bakat dan lagu yang merdu serta mudah diterima oleh halwa telinga...(lirik disertakan)


maka oleh itu terimalah...

Ku Undur Cinta





                                                      Ku siramkan kasih pada cinta

                                                   moga hadirnya kembang bahagia

                                                          kiranya lalang yang penuhi

taman impian........



Ku semai janji tiba masanya

kita bersama bina istana

namun kau mungkiri

bila setia kau permainkan


Andai sekali tak mengapa
biarpun pedih ku terima
kerana kasih yang ku ada
yang terindah dalam jiwa

Sayangnya cinta makna berbeza
tidak sekata ku rasakan
kejujuran tidak berharga
begitulah kau gambarkan

Jelas kini kau tak mengerti
erti kasih nan sejati
jika begini tiada yang pasti
ku undur diri

Tuesday, June 5, 2012

seni itu art, art bukan arsenal semata - mata

anda minat muzik? sebagai insan madani yang punya nafsu serta berakal,tak kiralah akal pendek mahupun akal panjang semua minat muzik ye tak? yang tak minat muzik ni gua tak taulah pesen ape ye tak?
isu yang gua nak kupaskan ni berkenaan muzik juga,namun bukannya gua nak ulas pasal album mahupun artis realiti mahupun mentaliti...gua nak ulas tentang muzik melayu tradisional,yup gua agak lu orang mesti dah berkira2 nak close browser...kalau ade yang masih tabah,gua ucapkan..errr bertabahlah...

persoalan yang gua nak kupas ialah kenapa generasi justin bieber ni amatlah kurang berminat dengan lagu2 tradisional...namun ada juga mereka2 yang sezaman gua yang tak minat dan memperlekehkan lagu ni...
ini realiti! ye realiti! bukan akademi!

gua ingat lagi ketika gua pernah menyampaikan nyanyian disuatu majlis keramaian,di waktu rehearsal,kelihatan anak2 dara ketawa sinis,seolah2 lagu tradisional ini sesuatu yang second class mentaliti...keadaan ini amatlah sedih...ini kerana lagu2 irama asli ini mempunyai nilai seni yang amat tinggi...

kenapa gua boleh minat irama tradisional? gua tak tahu...mungkin kerana mak gua bekas penyanyi kugiran suatu masa dahulu? ye penyanyi kugiran yang ade band tu! ayah gua pulak kalau mengaji atau berzanji memang power la,cuma diaorang pesen low profile...

gua? sudahlah mengaji selalu kena rotan sebab selalu skip,tapi bile bab hafal lirik lagu2 Ukays kemain satu hari je dah boleh hafal satu album! kalau gua hafaz al quran mungkin gua dah jadi Akhil Hayy yang boleh kawin dengan artis...sapa tau? lolz...

gua tak tau kenapa irama2 Ghazal,zapin,serta irama2 tradisional negeri lain gua boleh layan...lagu keroncong? takde hal...lagu arab? tanya ajelah Amr Diab berapa banyak album dia gua ade...

berbalik kepada irama asli,gua tak pasti dimana silapnya anak2 muda kian menolak irama indah ini...setakat rock,pop semua tu mudah,cuba try lagu asli...berbelit lu nak berqasidah...tapi itulah keistimewaan irama turun temurun nenek moyang kita semenjak kedaulatan sultan melaka

ok kita sambung lain hari...bosan? kalau bosan sila tonton Gintama!

Bunga Ros



Oh bunga ros...

Mekar kembang, nan mewangi...
Merah putih warnamu, menawan hati.


Oh bunga ros...
Kau sekuntum nan terbilang...
Kau membikin bahaya segala kumbang.


Ohoo bunga ros...
Pohonmu berduri...
Jaga diri berhati - hati
Banyak kumbang ingin datang menghinggapi....

Thursday, May 31, 2012

Konklusi?

Jalan jalan...
Singgah hiruk pikuk kehidupan.
Kaku sekejap...
Mengintai lolos nafas lepas.
Kisah duniawi...
Mereka cuba singkap maksud kebenaran...
Tapi mereka lupa tutup kejahilan.

Jalan jalan lagi...
Keroncong perut.
Singgah gerai...
Ade doktor tawar menawar denga gadis penjual nasi lemak.
Bukan lapar sebenar...
Tetapi lihat gelagat berbeza pengalaman.

Terus Jalan...
terus kepadang...
Kanak2 bermain bola,tidak kira the blues,tidak kira the red...
Yang penting matlamat.
Mereka tak perlukan cemuhan antara kelab

Jalan sendiri...
Kaku lagi...
Pertelingkahan antara cemuhan,perlian dan ketaksuban...
Ahh..bicara mereka yang ingin menang tak boleh diajak bergurau...
Mereka lupa akan kebetulan.

Jalan lagi...
Haus...singgah kedai mamak...
Memesan sebungkus air...

Cerita kehidupan yang panjang ranjaunya
Air tak sampai sampai...
Takpe, tidak sabar itu debu kejahilan.

Air tak sampai lagi...
Ini menguji...bukan ?

Datang gadis menyapa "abg nak beli Cupcake?"
Tidak mengapa...
Seraya berlalu gadis itu menawarkan kepada pemuda berpakaian Action Kamen...

Air tak sampai lagi...
Jilake! air gua mana woih!...hanya dalam hati...
Iman kena tinggi pekerti...

Mamak Mariappan menghampiri...
Senyum kelat...
Mau Order ape incik?

Gua terus jalan angkat kaki...

Tuesday, May 29, 2012

Harung Musafir



Dialah...tanpa permulaan...
Jadi kejadian...
Indah keindahan...
Titik musafir...

Hambamu...terasa kerdilnya...
Mata memalsukan...
Hati dan fikiran...
Perasaan...

buka pejam mata...
Sesuka hati...

Lihat kiri kanan...
Pesanan berguna...
Jangan terus berterusan...
Kau terima...

Bukan kerana dosa...
Tapi kehendakNya...
Tanyalah sendiri...
Mesti Pasti...

Wednesday, May 2, 2012

Bola dan Tidur

Ok gua dah lama tak update blog,lu ingat senang nak buat blog? ok lu menang sebab nak buat blog memang mudah,tapi ape yang lu org nai isi dlm blog tu?hah! hah!! jawab! kahkahkah!!! menjawab la lu kalau lu spesis kat minda kemain idea mencurah tapi bile nak mengarang mcm haram satu ayat pun payah nak muncul!

ok gua kali ni tak post gambar...

Bola...semua org tau bola,semua org minat bola..errr tak semua...kadangkala.
dari si kecil hingga dewasa.si kecil menganggap semuanya bola ketika bergembira,dewasa menganggap semuanya bola bila datang amarah...
namun gua nak kaitkan bola ini dgn kesannya pada tidur...

Gua teringat satu ketika masa gua menetap di Senai Kulai,member gua bekerja sebagai penolong ketua ladang sawit IOI bersebelahan lapangan terbang,keja member gua ni ni selalu nak kena bangun awal,pukul 5 pagi dah kena keluar rumah padahal opis tak sampai 200 meter,ok gua maklum keja kebun bukan mcm keja opis,pokok sawit tak keluar buah waktu opis hour,ok cukup pasal menyawit ni.

Gua nak citer pasal suatu perangai member gua ni,katanya "aku kalau tak cukup tido aku bad mood nanti,asik nak marah org aje" ok selama itu gua tak berapa yakin dgn kata2 member gua,gua anggap itu omongan kosong.sehinggalah bulan lepas gua sendiri alaminya.diceritakan kembali gua malam tu tidak berapa teruja sebab gua dah rasa something untuk perlawanan separuh akhir UCL dimana Real Madrid menanti kunjungan Bayern Munich,gua malas nak tido awal sebab gua takut terbabas...kecuali ade org lafaz syahadah kat telinga gua la.

Game pukul 3.00 pagi,asalnya team gua mendahului,tetapi terikat agregat 3-3,gua ingat kalau tak penalti gua nak adelah sikit masa nak lelapkan jiwa,tapi sampai ke jam 5 pagi game tak tamat,sudahnya team gua kalah,dan gua takde masa utk lelap walaupun seketika.

Ngantuk ni boleh buat kepala pusing,gua keja jugak,gua punch kad,buka FB tgk setan2 lain awal2 dah mengucapkan tahniah atas kekalahan,gua selama ni kalau kalah takdelah rasa hangin,tapi gua rasa dek sebab gua berjaga hanya utk team gua kalah gua rasa dunia ini tidak adil. Natijahnya gua satu hari bad mood giler,gua tak tau adakah kerana team gua kalah? in the end gua teringat kata2 member gua.ok gua admit tak cukup tido memang boleh buat badan berangin...

P.S Adik Khuzz Semangat... lu ingat lu sorang aje boleh taip panjang2 dlm blog?!!!

Friday, February 3, 2012

Wadefak!!

Khas bagi mereka yang forever alone...

Khalifah

Maka lahirlah satu jiwa,
Satu nama khalifah dariNya


Kemampuan semua insan
Angkatlah tangan perjuangkan

Jiwa kelam gelap hitam
Akan disuntikkan dengan jalan jihad kita


Kekuatan si khalifah beserta keyakinan
Perjuangan pasti menang akan ditunaikan
Walau putih tulang abu jadi debu
Walau putih tulang abu jadi debu

Bangun sedarlah dari tidur itu

Marakkan api janji dirimu
Racun...
tidak akan membunuh fikiranmu
Tapi hanyalah takdir dan waktu


Jasad terpisah dengan nyawa
Yang tinggal hanya nama dan amalan kita
Agar memang ditangan Esa 
Dia penentu segala semua kehendakNya....


Hanya takut pada tuan yang empunya
Alam maya bukan milik kita
Hanya duduk sementara saja
Cuma nama itu milik kita.....