Thursday, March 31, 2011

Pejam



ribut sudah tenang
hujan telah reda

tapi jangan buka mata
semua tak lagi serupa
matahari hilang sinar
bunga pudar warna

lebih baik pejam mata
jangan pandang apa-apa
tak ada yang indah



Aku Bukan Kamu

Wednesday, March 30, 2011

Anime Kegemaran - Gintama!!!

ok2 aku admit,aku tak tau nak buat ape sekarang ni,so aku akan luangkan masa buat benda yang biase2 org buat dlm blog iaitu share,hehehe...
hari ni aku nak share tentang anime kegemaran aku,yup aku kaki anime sejak tahun 1998 lagi,masa tu sukan Komanwel,namun kalau ikut buku aku minat sejak zaman Macross dan Voltron lagi...

GINTAMA




Ya anime ini adalah yang paling ulung pernah aku layan,walaupun Bleach dan Naruto lebih ramai peminat diMalaysia,namun Gintama mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dan unik.kalau aku nak ceritakan panjang,namun aku sertakan gambar2 agar nampak lebih menarik...




Sebuah anime komedi parody yg mengisahkan [b]Gintoki[/b] sorang samurai yg pernah menjadi salah sorang lagenda ketika menentang makhluk asing yg digelar amanto ketika edo hendak ditakluk semasa joi war dahulu. Tetapi akibat kejatuhan samurai pada ketika itu mereka telah tertewas dan mereka semua yg terselamat menghilangkan diri dan membawa haluan masing2. Keadaan itu menyebabkan semua penduduk edo dilarang membawa pedang kecuali kumpulan polis elit shinsengumi yg ditugaskan menjaga keamanan dan kepentingan amanto di edo dan sejak itu para samurai semua tidak lagi diperlukan dan dihina oleh amanto. Tapi selepas beberapa tahun kemudian selepas joi war, kehadiran pelbagai bangsa amanto di edo sudah menjadi perkara biasa. Walaupon bergitu masih terdapat penentangan yg dijalankan secara sulit oleh rakannya yg pernah berjuang bersamanya dahulu iaitu katsura dengan haiwan peliharaannya bernama elizabeth tetapi sentiasa dipanggil zura oleh gintoki untuk menewaskan  amanto melalui cara serangan gerila.



Selepas beberapa kejadian yg tidak disengajakan, gintoki bertemu dengan 2 org rakan baru yg kini menjadi pengikutnya walau pon pada awalnya di tolak oleh gintoki iaitu shinpachi seorang peminat fanatic Otsu-chan (merupakan idol dan penyanyi top yg selalu menggunakan lirik yg kesat dan lucah) dan merupakan captain kumpulan peminat penyanyi itu. Manakala sorang lagi bernama kagura sorang gadis alien yg sangat kuat dari yato klan yg serupa dgn manusia biasa serta anak anjing gergasi peliharaan mereka yg bernama sadaharu. Terdapat beberapa watak lain yg juga mempunyai karektor pelik yg kadang kala muncul membantu mereka seperti Sa-chan seorang ninja cun yg rabun dan juga meminati gintoki, hasegawa seorang lelaki separuh umur yg selalu digelar madao - marude dame na ossan (lelaki separuh umur yg tak berguna), Otae-chan kakak sinpachi yg tak reti memasak dan sangat kejam bila dia marah dan gorilla (kondo – ketua shinsengumi) selalu menjadi mangsanya apabila dia muncul di hadapannya, Tuan penyewa rumah dan pemilik otose snack house (otose-san) yg ganas tapi cool berserta pembantunya seorang amanto bernama catherine yg merupakan pencuri dan penceroboh peti besi first class dan hiraga merupakan sorang mekanik hebat dikawasan kabuki yg suka mencipta robot2 mekanikal dan selalu disuruh gintoki untuk membaiki skooternya yg rosak dan kadang kala jahanam teruk…



Mereka bertiga merupakan free-lancer yg menerima upah untuk melakukan apa sahaja kerja untuk membayar hutang sewa rumah dan perbelanjaan mereka  melalui perniagaan yg dibuat oleh gintoki yg bernama yorozuya gin-chan. walaupon akhirnya mereka selalu sahaja gagal dari misi mereka yg sebenar kerana asik terlibat dalam masalah yg mereka tak jangka. Untuk menghadapai masalah inilah pelbagai aksi berani dan tindakan yg tidak dapat difikirkan akan mereka lakukan dalam usaha mereka menyelamatkan diri dan membantu mereka yg memerlukan walaupon kadang kala mereka terpaksa melakukannya secara percuma. dalam keadaan mereka tertekan menghadapi masalah itu turut diselitkan aksi dan adegan2 yg di parody kan sama ada dari anime lain, movie dan juga game.




aku tau korang agak pening membaca,dah nama blog,mestilah kena baca,bukan suruh makan! hahaha!!!
apepun ini hanya sesuatu yang aku nak share dengan pembaca2 sekalian...

apapun silalah tinggalkan komen,tak kisahlah komen membina ke,merepek ke...sebab aku pun selalu merepek kat blog org lain hahaha!!!
(tapi seriously,tolonglah komen...) hahaha!!!

Monday, March 28, 2011

Permulaan

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera...

akhirnya setelah 3 bulan lebih aku berangan nak buat blog,sekarang terhasilah blog yang biase2,bagi mereka yang mengunjung,terima kasih kerana sudi jenguk walaupun ade sesetengah yang tak minat nak tgk tapi terklik jugak...hahaha!!!
terima kasih kepada insan perseorangan (anda tahu siapa anda) yang bersama menjayakan album pada kali ini....

aku pun tak tau lagi hala tuju blog ini,adakah akan jadi tempat info2 kehidupan aku yang merepek,atau tempat info2 sukan?berita?Politik? mahupun benda yang ntahapeapentah...so kita tengok ajelah eh kemana destinasi seterusnya...

Peh aku tak boleh lah guna ayat2 skema mcm kat atas tu hahaha!!! rasa mcm mat bunge...hilang kejantanan gua...hahaha...!!!

oklah aku bebel banyak2 bukan korang dapat duit tul tak?ape pun enjoice la dulu dengan ape saje yang aku kongsi kat sini...hahaha!!!

komen kalau rajin...silakan...hahaha!!!

Lawak2 yang kalau korang dah pernah dengar jangan baca!!!

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


lawak lagi
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa? 
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus.... Mana abang kenal isteri dia?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bilik Hotel :

"Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Makcik, ini adalah lift"


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kaya :

"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Blindman & a Dog

A blind man was out walking with his seeing eye dog when suddenly the animal paused and wet the man's leg. Bending down, the blind man stretched out his hand and patted the dog's head.

Having watched what happened, a passerby said, "sir, why are you patting him? That dog just peed on your leg!"

"I know," said the blind man, "but i gotta find his head before i can kick his butt."

Pantun Ultraman,sempena memperingati reaktor Fukushima huhuhu...



Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Mental Test


 Exercise of the brain is as important as exercise of
 the muscles. As we grow older, it's important that we
 keep mentally alert. The saying: "If you don't use it,
 you will lose it" also applies to the brain,
 so.......




 Below is a very private way to gage your loss or
 non-loss of intelligence. So take the following test
 presented here and determine if you are losing it or
 are still a MENSA candidate.

 OK, relax, clear your mind and....... begin.

 1. What do you put in a toaster?




 The answer is bread. If you said "toast", then give up
 now and go do something else. Try not to hurt
 yourself. If you said, "bread", go to question 2.




 2. Say "silk" five times. Now spell "silk". What do
 cows drink?




 Answer: Cows drink water. If you said "milk", please
 do not attempt the next question. Your brain is
 obviously overstressed and may even overheat. It may
 be that you need to content yourself with reading
 something more appropriate such as "Children's World".
 If you said, "water" then proceed to question three.




 3. If a red house is made from red bricks and a blue
 house is made from blue bricks and a pink house is
 made from pink bricks and a black house is made from
 black bricks, what is a greenhouse made from?




 Answer: Greenhouses are made from glass. If you said
 "green bricks", what the heck are you still doing here
 reading these questions????? If you said
 "glass", then go on to question four.




 4. Twenty years ago, a plane is ; flying at 20,000 feet
 over Germany. If you will recall, Germany at the time
 was politically divided into West Germany and East
 Germany. Anyway, during the flight, TWO of the engines
 fail. The pilot, realizing that the last remaining
 engine is also failing, decides on a crash landing
 procedure. Unfortunately the engine fails before he
 has time and the plane crashes smack in the middle of
 "no man's land" between East Germany and West Germany.
 Where would you bury the survivors - East Germany or
 West Germany or in "no man's land"?




 Answer: You don't, of course, bury survivors. If you
 said ANYTHING else, you are a real idiot and you must
 NEVER try to rescue anyone from a plane crash. Your
 efforts would not be appreciated. ...... If you said,
 "Don't bury the survivors" then proceed to the next
 question.




 5. If the hour hand on a clock moves 1/60th of a
 degree every minute then how many degrees will the
 hour hand move in one hour?




 Answer: One degree. If you said "360 degrees" or
 anything other than "one degree", you are to be
 congratulated on getting this far, but you are
 obviously out of your league. Turn your pencil in and
 exit the room. Everyone else proceed to the final
 question.




 6. Without using a calculator - You are driving a bus
 from London to Milford Haven in Wales. In London, 17
 people get on the bus. In Reading, six people get off
 the bus and nine people get on. In Swindon, two people
 get off and four get on. In Cardiff, 11 people get off
 and 16 people get on. In Swansea, three people get off
and five people get on. In Carmathen, six people get
 off and three get on. You then arrive at Milford
 Haven. What was the name of the bus driver?



 Answer: Oh, for heaven sake! It was YOU, you dummy.
 Read the first line!!!

Saturday, March 19, 2011

Testing

Blog masih lagi dalam kerja2 pengubahsuaian...harap maklum...