Thursday, April 21, 2011

Review filem yang sedih untuk ditonton - Hachi



aku tau aku memang perangai mcm cilake sekali sekala,tapi aku jugak ade soft spot bila berkaitan dengan haiwan...ye aku tau korang mesti nak kutuk atau nak keji kan? tapi takpe,mcmlah korang tu tak pernah sedih  bila mana haiwan korang mati atau sakit...


ok kisahnya diambil dari kisah benar di Jepun,seekor anjing baka Akita,disana nama panggilannya Hachiko,yang bermaksud angka lapan,Hachiko lahir disebuah ladang berdekatan bandar Odate,pada tahun 1924 Hidesaburō Ueno,seorang professor bahagian Agrokultur,di University of Tokyo telah mengambil Hachi sebagai haiwan peliharaan,selama setahun Hachi akan menghantar tuannya ke stesen keretapi dan akan datang kembali pada jam 5 untuk menjemput tuannya.




Namun suatu hari Hidesaburō diserang penyakit otak dan meninggal dunia,dan tidak pernah kembali ke stesen keretapi Shibuya.menyedari yang tuannya tidak pernah muncul dirumah,Hachi mengambil keputusan untuk menunggu Hidesaburō setiap hari di stesen.




Hachi menanti siang dan malam selama 9 tahun sehinggalah Hachi mati pada 8 March 1935 dijalanan sekitar Shibuya.sehingga kini Tugu Hachi telah dibina bagi memperingati kesetiaan seekor anjing kepada tuannya,begitu sayang Hachi kepada tuannya.


Aku kalau ikutkan tak sanggup nak teruskan tonton kisah ini,ntahlah kalau lelaki hebat mcm aku pun boleh menitiskan airmata,apatah lagi budak2 kememeh mcm korang,sure meraung mcm putus cinta,malahan aku rasa lebih touching tonton kisah ini dari menonton kisah cinta melayu yang merepek2...tapi disebabkan aku nak tahu apa jadi di pengakhirannya aku terpaksa buat2 takde ape walaupun dah bergenang dah...cilake!


aku cuba menyelami hati anjing ini,apakah yang menyebabkan dia begitu setia menunggu siang dan malam selama 9 tahu tanpa jemu,sedangkan kita manusia yang punya hati dan perasaan baru berpisah hari ni bulan depan dah jalan-jalan bershoping kat Sogo dengan pasangan baru! 


apapun aku cadangkan tonton kisah yang menyayat hati ini...aku cabar kaorang tonton kalau berani huhuhu...

5 comments:

FAINOR MUFAKIRIN said...

As'salam..

Terima kasih Pencinta Haiwan..

:)=

- FM -

PanglimaKhalid said...

"aku cabar kaorang tonton kalau berani huhuhu..."

Aku Berani menontonnya :D
tapi tunggu siap donlod dulu :D

hellghast said...

silakan menonton! thanks!!!

neiny_nani said...

hihihi...ingat selesema menjadi....oh rupa2 nyer...

Awang Joe said...

hiji...hiji...