Powered By Blogger

Tuesday, June 28, 2011

Made In China

ok korang pernah dengar kisah pasal telur tiruan,susu kanak2 yang dibuat dari bahan yang merbahaya,handphone yang digunakan tiba2 meletup...biasenya buatan dari China ni antara pilihan mereka yang kaki bisnes beli murah jual mahal.

masakan tidak! sebut ape saja teknologi terbaru! org lain ade China pun mesti ade! so sekarang sape kata Dajal maju! China lagi maju! kita tak ade I-Pad tapi diaorang dah ade! Iphone 4 baru nak sebulan keluar tapi kat China dah jual kat Lowyat diaorang! advance! memang andvance!!! tapi dalam advance diaorang ade juga bangangnya...well actually diaorang ni banyak bangang dan bangang diaorang tu digunakan dengan cara yang bijak sekali! hahaha!!!



Tapak Kaki Air (Nike Air)

Orang Korea pun nak beli kasut murah jugak! hahaha!!!

Sandwich anyone?

 Bungkusan memang mcm mahal! hahaha!!!


 ini dah melambak kat Malaysia

 apakah ini? hahaha!!!


Ini minyak kembung perut atau mencairkan perut? hahaha!!!

Monday, June 27, 2011

Kisah Ayam dan Kambing

ada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. 

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana 
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan ?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya... ..

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Tahukah Anda,Udang Juga Ada Perasaan?



Sumpah!!! lepas ni aku tak nak makan udang!!! 
Aku hanya nak makan Lobster! hahaha!!!

Sunday, June 26, 2011

Dear Friends....

Dear Friends.... 


If U find a   FRIEND   better than me... 

Go Ahead I wont 
 STOP  u.... 

But when 
that person  LEAVES  u..... 

Look behind
,  WILL BE THERE  for u....    





V
V
V
V
V
V
V          
V
V
V
V
V
V
V          

TO  Slap U and Ask U....


          "" will u  LEAVE ME again???  ""

Kisah Pontianak seperti diceritakan saksi!!!



Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok 


sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri 


mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba 


membuktikan kehebatan masing-masing. 





Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik 


semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada 
kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A. 



Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu? 
Pontianak B : Nampak! 
Pontianak C : Nampak! 

Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat 
kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan 
setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut. 

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu? 

Pontianak A : Nampak! 

Pontianak C : Nampak! 

Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan. 

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari 
Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok 
tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah 
pada keseluruhan muka pontianak tersebut. 

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu? 

Pontianak A : Nampak! 

Pontianak B : Nampak! 




Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak... 




he he...

Thursday, June 9, 2011

X-Men Yang Betul - Betul Mantap!!!

Ok memandangkan aku takde topik atau tak tau nak keji sape,kali ni aku aku akan buat ulasan filem yang pada mulanya aku seperti was-was untuk menonton,namun setelah menonton,aku secara terbuka akan kata gunakan tanpa was-was wang anda untuk menonton filem ini


Yeah! X-Men! ramai antara kita yang dah dewasa dan matang membesar dengan kartun ini,sebelum ini pernah mereka menerbitkan filem X-Men namun aku anggap filem lama tu gagal kerana tidak menepati citarasa ramai pihak. 




Kali ini X-Men First Class diolah semula dengan muka2 pelakon baru yang berjaya pada aku.kali ini filem ini berjaya mengupas dengan lebih mendalam sejarah bermulanya X-Men dan dan perhubungan antara Professor X dan Magneto serta berjaya menceritakan kisah setiap anggota X-Men dengan baik sekali dan ini yang gagal dilakukan oleh filem X-Men yang terdahulu. 



Kenapa aku katakan filem lama gagal? ini kerana filem lama terlalu memfokuskan kepada watak Wolverine sehinggakan hilang punca apakah hala tuju filem X-Men itu.Tiada penceritaan bagaimana mereka boleh bermusuh,bagaimana mereka bermula,satu apa pun takde.


Filem ini menceritakan bagaimana Erik atau Magneto menjadi watak antagonis akibat kejadian ketika beliau masih kanak2,di satu sudut ianya memberitahu kita semua yang magneto bukannya seorang yang jahat,tetapi beliau dicipta oleh profesor Shaw untuk menjadi senjata pemusnah.


Disini kita dapat menonton bagaimana Xavier @ Professor X memulakan hubungan dengan Magneto sebagai sahabat karib,susah senang diharungi bersama,namun mereka mempunyai ideologi masing2 yang bakal membawa sudut baru bagi mutan2.




Didalam filem ini juga diceritakan Raven @ Mystique dari kecil sehingga dewasa,terdapat perbezaan filem ini dengan filem lepas dan komik,dimana dalam komik Raven adalah ibu kepada Azazel,watak jahat yang boleh hilang dan muncul ditempat lain,dalam filem terdahulu pula,Azazel membawa watak sekutu kepada X-Men.



The Beast salah satu watak yang aku minati didalam cerita ini berbeza sedikit kerana didalam filem ini Beast merupakan seorang yang tidak yakin dan malu untuk mengakui dirinya salah seorang daripada mutan dan beliau kelihatan seperti tidak sabar,berbeza didalam komik atau kartun dimana Beast merupakan seorang yang cool,penyabar serta tidak melalukan sesuatu perkara dengan terburu,cuma satu persamaan ialah Beast amat membenci Magneto,ini apabila mereka bertemu dilapangan terbang dimana Magneto memuji Beast tetapi Beast menganggap Magneto memerli beliau.


aksi-aksi yang ditontonkan kepada kita tidak terlalu banyak sehinggakan menenggelamkan jalan cerita itu sendiri yang mana pada aku amat bijak,kerana banyak aksi tapi jalan cerita mcm sampah tak guna juga ( seperti filem KONGSI )



tapi aku dapat puji pengarah dimana didalam filem ini,menunjukkan bukan USA sahaja yang mcm baik tetapi pihak Russia yang seboleh2nya tidak mahu peperangan berlaku,tetapi dek dipermainkan oleh kuasa ketiga,Amerika dan Russia hampir2 berperang,dan disinilah baru aku melihat filem2 ini diperkuatkan lagi oleh pelakon2 handalan yang takde rupa tetapi sentiasa menghidupkan jalan cerita,dan pelakon yang aku tak boleh lupa ialah Kapten perang Amerika dan Komander Russia,demm!!! komander Russia ni aku ingat sebab lakonan beliau didalam filem Behind Enemy Lines yang mana beliau menjadi askar Serb yang membunuh penduduk muslim Bosnia.



Permulaannya aku ingatkan Shaw yang mencipta Magneto itu adalah Apocalypse,namun tersasar agakan aku.apapun aku cuba mencari kelemahan2 didalam filem ini,namun amat sukar mencari kelemahan filem ini kecuali ketika ibu Erik dibunuh oleh Professor Shaw! 




filem ini aku beri 5 bintang!!! kerana ianya menepati citarasa dan jalan ceritanya yang memang pure X-Men dan bukan tajuk X-Men tapi cerita pasal Wolverine!!! hahaha!!! 


filem ini adalah salah satu filem wajib tonton untuk tahun ini selain filem Transformer Dark Of The Moon tak lama lagi! 





5 bintang bro!!! bukan senang aku nak bagi!!! Superb dan Mervelous untuk Marvel!!!











Wednesday, June 1, 2011

Filem Karak : Sinopsis dan Rumusan

Assalamualaikum! 


Ok untuk entry bulan Jun aku akan mulakan dengan ulasan filem Karak!






‘Karak’ merupakan filem keluaran KRU Studio! korang tak kenal KRU? korang memang tak layak digelar peminat rapper! hahaha!!!
ok para pelakonnya ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.



Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka
Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.
Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
Ok ulasan aku pulak...!!! jeng jeng jeng!!!
Aku dah suruh member aku bookingkan tiket pukul 7.15 petang,ahh gua tak kisah,maghrib pun magriblah,sebab time maghriblah setan2 suke keluar,dan gua yakin setan ni keluar kat GSC Alamanda! Sampai2 aje aku terus tuju kat tandas,sebab aku tak nak jadi macam dulu aku tahan kencing lebih 2 jam!
aku amik tiket dan terus aku ambil tempat,tak lama lepas tu ade couple ni duduk sebelah aku,dan aku dah mula hangin! sebab mamat tu pakai jersi Barcelona! dan gua pulak pakai jersi Real Madrid! yeah nice one! duduk sebelah menyebelah!
cerita Karak ni bermula memang mcm kisah yang aku sendiri pernah dengar,tentang suami isteri yang keretanya mengalami kerosakan,dan suaminya mati ketika mencari bantuan,dan isterinya diselamatkan oleh kereta peronda yang kebetulan lalu di tempat kejadian.ok mula2 ni memang aku rasa seronok dan teruja!

Kemudian diceritakan kisah 4 orang remaja yang melalui melalui jalan lama karak untuk sampai ke Kuantan,permulaan cerita amat baik sekali,babak dimana Jack diganggu oleh kanak berbaju sekolah bermain sorok2 diwaktu malam dan Makcik yang minta tumpang memang berjaya membangkitkan ketakutan.ok ini memang bijak dan menyeramkan,tandas dimana budak sekolah main nyorok2 tu pun memang aku tak payah pikir 2 kali nak buang air!

Kemudian muncul Volkswagen kuning! yeah!!! ini favourite aku! Volkswagen kuning kalau cerita org kg,setiap kali kita potong dia,tak lama keta kuning ni akan berada didepan kita lagi! tapi dalam filem ini terbalik,wolkswagon tu yang potong kereta 4 sahabat ni dan secara tak langsung menjadi punca kemalangan.
ketika kereta mereka terbabas,salah seorang iaitu Zura tercampak keluar dari kereta,tapi aku pelik bila sedar,minah ni mcm tak luka langsung,hanya tempang sedikit tapi laju pulak jalannya! demm!! kalau sakit pun buat2 la serius tempangnya!
Kemudian mereka diselamatkan oleh seorang orang tua bernama Tok Malam!yang aku tak puas hati,diaorang dah nampak hantu tapi masa kat rumah org tua tu diaorang mcm relaks aje,yang Zura ni dari awal cerita trademark dia "saya/aku tak faham lah kenapa semua ni terjadi!!!" sampai nak ujung cerita! tapi part yang aku tunggu2 sekali ialah sahabt si Zura iaitu Ida yang bangang nak mandi pukul 3 pagi!

aku harapkan ade unsur2 18sx! tapi just berkemban aje! ciss!!!
sepanjang jalan cerita aku agak annoying bila ade mcm lawak sikit awek2 ketawa mcm benda tu lawak sangat! padahal tak lawak pun! dan yang bawak awek pun same,awek gelak si pakwe pun ikut gelak mcm tgk Maharaja Lawak! cilake! annoying tau tak!!! aku dah mula rasa nak lempang sorang2!
aku malas nak taip panjang2 so aku cerita pasal ending lah.
endingnya ade lawak,ade seram sikit,dan ade sedih yang pada aku rasa nak carut! manakan tidak,Zura seorang ala2 bekas ustazah dan johan Qariah tuh! tapi tak mcm beragama sangat! tapi part yang aku tepuk dahi bila mana pakwe Zura ni mati tapi boleh pegang tangan Zura plak tuh! adoi sebiji mcm cerita ' Ghost ' sedangkan cerita sixth sense pun tak mcm tu! huhuhu...
Tapi Tagline yang memang jadi Trademark filem ini ialah! 
Encik...boleh tolong saya encik~~~
Kenapa takut,kata orang beriman~~~
dua2 ayat ni memang terbaik! hahaha!!! mcm haram bukan!  memang seram! bagus! sebab malam ni aku sorang sorang kat rumah!!!
Kesimpulannya :

Special Effect dia hebat!

Prop dia memang nampak semulajadi!

Jalan cerita makin lama makin merapu!

Hantu cepat sangat tunjuk muka!

Mamat sebelah pakai jersi Barcelona buat aku hangin!
ok! kali ni saje ulasan aku,memang aku perasan ulasan aku sendiri merapu dan tak lengkap! aku malas nak taip panjang2 sebab sikit lagi pukul 12 malam! aku nak tido awal! bukan aku takut! sebab esok aku nak keja  tau tak! aku ade integriti! korang ape tau!!!