Lagu kali ni gua mempertaruhkan dari saudara Fairuz Selamat,gua kagumi bakat nyanyian beliau semenjak mula beliau berjaya didalam tilawah dan nasyid di negeri Johor.maaflah gua bukan jenis kaki lagu2 dari artis2 popular,gua lebih gemarkan lagu2 dari artis yang kurang bernasib baik tidak popular tetapi mempunyai bakat dan lagu yang merdu serta mudah diterima oleh halwa telinga...(lirik disertakan)
maka oleh itu terimalah...
Ku Undur Cinta
Ku siramkan kasih pada cinta
moga hadirnya kembang bahagia
kiranya lalang yang penuhi
taman impian........
Ku semai janji tiba masanya
kita bersama bina istana
namun kau mungkiri
bila setia kau permainkan
Andai sekali tak mengapa
biarpun pedih ku terima
kerana kasih yang ku ada
yang terindah dalam jiwa
Sayangnya cinta makna berbeza
tidak sekata ku rasakan
kejujuran tidak berharga
begitulah kau gambarkan
Jelas kini kau tak mengerti
erti kasih nan sejati
jika begini tiada yang pasti
ku undur diri
No comments:
Post a Comment