Wednesday, March 30, 2011

Anime Kegemaran - Gintama!!!

ok2 aku admit,aku tak tau nak buat ape sekarang ni,so aku akan luangkan masa buat benda yang biase2 org buat dlm blog iaitu share,hehehe...
hari ni aku nak share tentang anime kegemaran aku,yup aku kaki anime sejak tahun 1998 lagi,masa tu sukan Komanwel,namun kalau ikut buku aku minat sejak zaman Macross dan Voltron lagi...

GINTAMA




Ya anime ini adalah yang paling ulung pernah aku layan,walaupun Bleach dan Naruto lebih ramai peminat diMalaysia,namun Gintama mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dan unik.kalau aku nak ceritakan panjang,namun aku sertakan gambar2 agar nampak lebih menarik...




Sebuah anime komedi parody yg mengisahkan [b]Gintoki[/b] sorang samurai yg pernah menjadi salah sorang lagenda ketika menentang makhluk asing yg digelar amanto ketika edo hendak ditakluk semasa joi war dahulu. Tetapi akibat kejatuhan samurai pada ketika itu mereka telah tertewas dan mereka semua yg terselamat menghilangkan diri dan membawa haluan masing2. Keadaan itu menyebabkan semua penduduk edo dilarang membawa pedang kecuali kumpulan polis elit shinsengumi yg ditugaskan menjaga keamanan dan kepentingan amanto di edo dan sejak itu para samurai semua tidak lagi diperlukan dan dihina oleh amanto. Tapi selepas beberapa tahun kemudian selepas joi war, kehadiran pelbagai bangsa amanto di edo sudah menjadi perkara biasa. Walaupon bergitu masih terdapat penentangan yg dijalankan secara sulit oleh rakannya yg pernah berjuang bersamanya dahulu iaitu katsura dengan haiwan peliharaannya bernama elizabeth tetapi sentiasa dipanggil zura oleh gintoki untuk menewaskan  amanto melalui cara serangan gerila.



Selepas beberapa kejadian yg tidak disengajakan, gintoki bertemu dengan 2 org rakan baru yg kini menjadi pengikutnya walau pon pada awalnya di tolak oleh gintoki iaitu shinpachi seorang peminat fanatic Otsu-chan (merupakan idol dan penyanyi top yg selalu menggunakan lirik yg kesat dan lucah) dan merupakan captain kumpulan peminat penyanyi itu. Manakala sorang lagi bernama kagura sorang gadis alien yg sangat kuat dari yato klan yg serupa dgn manusia biasa serta anak anjing gergasi peliharaan mereka yg bernama sadaharu. Terdapat beberapa watak lain yg juga mempunyai karektor pelik yg kadang kala muncul membantu mereka seperti Sa-chan seorang ninja cun yg rabun dan juga meminati gintoki, hasegawa seorang lelaki separuh umur yg selalu digelar madao - marude dame na ossan (lelaki separuh umur yg tak berguna), Otae-chan kakak sinpachi yg tak reti memasak dan sangat kejam bila dia marah dan gorilla (kondo – ketua shinsengumi) selalu menjadi mangsanya apabila dia muncul di hadapannya, Tuan penyewa rumah dan pemilik otose snack house (otose-san) yg ganas tapi cool berserta pembantunya seorang amanto bernama catherine yg merupakan pencuri dan penceroboh peti besi first class dan hiraga merupakan sorang mekanik hebat dikawasan kabuki yg suka mencipta robot2 mekanikal dan selalu disuruh gintoki untuk membaiki skooternya yg rosak dan kadang kala jahanam teruk…



Mereka bertiga merupakan free-lancer yg menerima upah untuk melakukan apa sahaja kerja untuk membayar hutang sewa rumah dan perbelanjaan mereka  melalui perniagaan yg dibuat oleh gintoki yg bernama yorozuya gin-chan. walaupon akhirnya mereka selalu sahaja gagal dari misi mereka yg sebenar kerana asik terlibat dalam masalah yg mereka tak jangka. Untuk menghadapai masalah inilah pelbagai aksi berani dan tindakan yg tidak dapat difikirkan akan mereka lakukan dalam usaha mereka menyelamatkan diri dan membantu mereka yg memerlukan walaupon kadang kala mereka terpaksa melakukannya secara percuma. dalam keadaan mereka tertekan menghadapi masalah itu turut diselitkan aksi dan adegan2 yg di parody kan sama ada dari anime lain, movie dan juga game.




aku tau korang agak pening membaca,dah nama blog,mestilah kena baca,bukan suruh makan! hahaha!!!
apepun ini hanya sesuatu yang aku nak share dengan pembaca2 sekalian...

apapun silalah tinggalkan komen,tak kisahlah komen membina ke,merepek ke...sebab aku pun selalu merepek kat blog org lain hahaha!!!
(tapi seriously,tolonglah komen...) hahaha!!!

5 comments:

FAINOR MUFAKIRIN said...

K.O.M.E.N

Sudah! Ha! Ha! Ha!

Fuh..! Blog sudah ada lagu.. Ada peningkatan..

hellghast said...

terima kasih...komen diatas amat bikin panas...hahaha...
teruskan mengomel dan mengomen!

FAINOR MUFAKIRIN said...

Kih! Kih! Kih!

Bband nearing quota limits. So, agak merangkak² pergerakannya.

Selamat berblog blogger boy..!

hellghast said...

gunalah Digi...I Follow~~~

Anonymous said...

lagu besh sket takde ke?? :P