Thursday, June 9, 2011

X-Men Yang Betul - Betul Mantap!!!

Ok memandangkan aku takde topik atau tak tau nak keji sape,kali ni aku aku akan buat ulasan filem yang pada mulanya aku seperti was-was untuk menonton,namun setelah menonton,aku secara terbuka akan kata gunakan tanpa was-was wang anda untuk menonton filem ini


Yeah! X-Men! ramai antara kita yang dah dewasa dan matang membesar dengan kartun ini,sebelum ini pernah mereka menerbitkan filem X-Men namun aku anggap filem lama tu gagal kerana tidak menepati citarasa ramai pihak. 




Kali ini X-Men First Class diolah semula dengan muka2 pelakon baru yang berjaya pada aku.kali ini filem ini berjaya mengupas dengan lebih mendalam sejarah bermulanya X-Men dan dan perhubungan antara Professor X dan Magneto serta berjaya menceritakan kisah setiap anggota X-Men dengan baik sekali dan ini yang gagal dilakukan oleh filem X-Men yang terdahulu. 



Kenapa aku katakan filem lama gagal? ini kerana filem lama terlalu memfokuskan kepada watak Wolverine sehinggakan hilang punca apakah hala tuju filem X-Men itu.Tiada penceritaan bagaimana mereka boleh bermusuh,bagaimana mereka bermula,satu apa pun takde.


Filem ini menceritakan bagaimana Erik atau Magneto menjadi watak antagonis akibat kejadian ketika beliau masih kanak2,di satu sudut ianya memberitahu kita semua yang magneto bukannya seorang yang jahat,tetapi beliau dicipta oleh profesor Shaw untuk menjadi senjata pemusnah.


Disini kita dapat menonton bagaimana Xavier @ Professor X memulakan hubungan dengan Magneto sebagai sahabat karib,susah senang diharungi bersama,namun mereka mempunyai ideologi masing2 yang bakal membawa sudut baru bagi mutan2.




Didalam filem ini juga diceritakan Raven @ Mystique dari kecil sehingga dewasa,terdapat perbezaan filem ini dengan filem lepas dan komik,dimana dalam komik Raven adalah ibu kepada Azazel,watak jahat yang boleh hilang dan muncul ditempat lain,dalam filem terdahulu pula,Azazel membawa watak sekutu kepada X-Men.



The Beast salah satu watak yang aku minati didalam cerita ini berbeza sedikit kerana didalam filem ini Beast merupakan seorang yang tidak yakin dan malu untuk mengakui dirinya salah seorang daripada mutan dan beliau kelihatan seperti tidak sabar,berbeza didalam komik atau kartun dimana Beast merupakan seorang yang cool,penyabar serta tidak melalukan sesuatu perkara dengan terburu,cuma satu persamaan ialah Beast amat membenci Magneto,ini apabila mereka bertemu dilapangan terbang dimana Magneto memuji Beast tetapi Beast menganggap Magneto memerli beliau.


aksi-aksi yang ditontonkan kepada kita tidak terlalu banyak sehinggakan menenggelamkan jalan cerita itu sendiri yang mana pada aku amat bijak,kerana banyak aksi tapi jalan cerita mcm sampah tak guna juga ( seperti filem KONGSI )



tapi aku dapat puji pengarah dimana didalam filem ini,menunjukkan bukan USA sahaja yang mcm baik tetapi pihak Russia yang seboleh2nya tidak mahu peperangan berlaku,tetapi dek dipermainkan oleh kuasa ketiga,Amerika dan Russia hampir2 berperang,dan disinilah baru aku melihat filem2 ini diperkuatkan lagi oleh pelakon2 handalan yang takde rupa tetapi sentiasa menghidupkan jalan cerita,dan pelakon yang aku tak boleh lupa ialah Kapten perang Amerika dan Komander Russia,demm!!! komander Russia ni aku ingat sebab lakonan beliau didalam filem Behind Enemy Lines yang mana beliau menjadi askar Serb yang membunuh penduduk muslim Bosnia.



Permulaannya aku ingatkan Shaw yang mencipta Magneto itu adalah Apocalypse,namun tersasar agakan aku.apapun aku cuba mencari kelemahan2 didalam filem ini,namun amat sukar mencari kelemahan filem ini kecuali ketika ibu Erik dibunuh oleh Professor Shaw! 




filem ini aku beri 5 bintang!!! kerana ianya menepati citarasa dan jalan ceritanya yang memang pure X-Men dan bukan tajuk X-Men tapi cerita pasal Wolverine!!! hahaha!!! 


filem ini adalah salah satu filem wajib tonton untuk tahun ini selain filem Transformer Dark Of The Moon tak lama lagi! 





5 bintang bro!!! bukan senang aku nak bagi!!! Superb dan Mervelous untuk Marvel!!!











5 comments:

shahirahkhairudin said...

aku pi tengok semalam tapi aku tertido.. dem !

hellghast said...

ko bukan tgk wayang! tapi itu namanya buat wayang dgn pakwe terbaru! hahaha!!!

Cput said...

aku pi tgk setiap siri x-men.. aku rasa tak semua citer x-men nih citer pasal wolverine jer..
cth - X-Men: The Last Stand - citer pasal Phoenix
X2 pun citer pasal pertempuran bukan apsal wolverine... cuma sebelum nih X-Men Origins: Wolverine yer arr citer pasal wolverine masa kecik sampai besar... kali nih first class citer pasal prof-X, magneto, mystic, Beast dan sampingan yang lain... apa pung bagi aku..semua citer X-men best...

hellghast said...

filem2 terdahulu jalan penceritaannya tak teratur,sepatutnya dia kena buat mcm Transformers mahupun Lord Of The Ring,untuk memperkenalkan kepada penonton yang tidak membesar dengan kartun X-Men ini.
First Class yang terbaik!!!

Cput said...

sapa suruh..diaorang tak membesar ngan X-men..??? wakkakakakaka.. aku paham jer semua episod dari mula..semua arr... hahahahhaa... kira ok pe.. ada gak orang nak tgk yang nih.. sebab nak tau apa asal usul semua mutan.. yang dah tau cam aku.. just tgk for enjoy arr.. ada gak leh kenal pasti ada berubah skit sebanyak background diaorang.. maybe kartun ngan orang kan mana leh sama... hihihihi...