Powered By Blogger

Friday, April 8, 2011

Benda yang menjengkelkan yang korang mesti pernah kena di Fast Food!

 Oh yeah fastfood joints kini dah jadi the norm bagi orang Malaysia. It is so common that we actually have more Fastfood outlets in Putrajaya than the whole of Iceland! Dekat Iceland ada 3 je McD. Tapi sekarang semua dah bangrap kerana kegawatan ekonomi global. Anyway masa aku kecik dulu makan maybe sekali in a few months for special occasions. These days aku makan at least once a week. Oleh kerana kekerapan makan fastfood aku notice few jengkelious things yang kita boleh jumpa di fastfood joints. Time to rage!


Wifi Whores (WW) ialah fenomena paska millennium yang sungguh jengkel. Kalau pergi McD area Serdang memang banyak WW di dalam dan luar McD. WW in itself tak annoying. The problem dengan WW ialah diorang tak reti nak limit how many hours diorang nak lepak kat McD. Peak hours orang tengah sesak nak carik seat diorang boleh selamba tak malu layan Facebook berjam-jam kat situ (layan Farmville and etc) .


 I wonder, kalau boleh hari-hari makan McD, takkan tak mampu nak subscribe broadband? Setau aku Wimax paling murah is less than 50 bucks. That is equivalent to makan McD lunch set medium selama 5 hari. Then why the hell tak layan Facebook dekat rumah. Nak jugak layan dalam restoran for hours on end.Digi Internet Prepaid aku pun sehari hanya RM2 jauh gile murah daripada Mcchicken yang harga dia boleh layan 5 hari internet! Cheapo bastards.

Tak cukup leeching Wifi ,depa leach electric jugak sampai berselirat wayar laptop dia atas lantai. Lepas tu kan kalau kita ter-usha website yang dia tengah surf or IM conversation dia, dia bagi kita stink eye. Bangang!. Nak kata miskin sangat, makan McD. Nak kata papa kedana, laptop semua mahal-mahal (terutamanya Macbook users yang suka sangat tayang Tardbook Pro dia). Kalau tak nak orang look over your shoulders masa tengah chat or layan Facebook sila bungkus laptop kamu dan surf dekat rumah ok.



MLMers ialah spesies manusia yang buat sales pitch (i.e con pitch) dia dekat McD. Zaman dulu selalunya MLMers suka carik mangsa dekat Kopitiam or mamak. These days maybe nak tunjuk dia berduit sikit diorang arrange jumpa dekat fastfood joinst. Upscale lah sikit. Lepas tu diorang pun open laptop dan buat sales pitch kepada mangsa yang “terpaksa”dengar dia cerita pasal kehebatan Hai-O,Bakhil Hayy MLM.


 The thing is MLMer (lamers?) kalau buat sales pitch cakap gebang gila. Dekat meja dia maybe ade 3 orang je potential victims, tapi dia cakap suara kuat macam Guru Besar masa perhimpunan sekolah;

“Kalau nak kaya kena ada ikhtiar bang. Dengan pelaburan minima 4000 abang dijamin dapat pulangan 500 seminggu. Kalau lagi banyak melabur lagi banyak duit abang. Sebulan je dah dapat cover separuh initial investment abang”



"ini bukan MLM ana tak tipu,tapi kenalah cari orang,bisnes ana Halal..."
Aku rasa ini intentional. Alang-alang nak sales pitch biar satu restoran dengar. Mana la tau ada dumb asses lain yang senang kena tipu terdengar dan tertarik nak invest dalam ponzi scheme dia.

One thing yang aku tak paham kan ialah, why can’t the dumb people who listens to the bullshit pinjam laptop MLMer in for 4 minutes and then Google search the damn scheme on it. Alang-alang ada free WIFI kenapa tak gunakan opportunity ini untuk PWND MLMer right on the spot. Ni tidak. Dengar je cakap bohong dia sambil menggigit McNugget yag dibelanja.





Speaker Wayang (SW) ialah manusia yang datang fastfood joint lepas tu cakap kuat nak mampos. SW berkongsi DNA yang sama dengan MLMer cuma diorang tak jual barang je masa cakap. They are just there to annoy other patrons with their high decibel yammering;

“Aku beli IPOD kat Ostolia hari tu murah lagi dari aku beli kat Pavilion”
“Berapa murahnya?”
“Dalam 30 dollar murah. Also aku ada jailbreaked IPhone aku angkat dekat Apple Store New York aritu”
“Murah jugak lagi ke?”
“Lagi mahal tapi aku tak kesah. Beli kat New York punya lagi bagus dari Maxis punya”
“Apasal lak”
“Pasal US mari. Yang Malaysia ni diorang buat kat China je. Tak sama kualiti”
“Kenapa tak sama?”
“Aku dah try Maxis punya. Response time dia 0.04 YOKTO seconds slower. Inferior!”

Repulsive sungguh. Macam orang pedulik je engkau ada 18 Ipods. Paling bullshit sekali ialah SW yang gelak mengalahkan Pontianak. Ni exclusive kepada golongan wanita yang makan dengan balak;

“AHAHAHHAH YOU NI FUNNY GILA LA BAYBEHHHHHHH.........AIEEEEEEEE HIHIH”
“Tapi I tak buat lawak tadi. Kenapa you gelak?”
“That why you are so funny cayunkku. You cerita pasal proses Fotosintesis fun I find it hilarious.. AIEEEEEEEEEEE HIHIHI!!”
“Ok lepas ni I cerita pasal Yeast Infection pulak ok?”
“AIEEEEEEEEEEEE.. YOU FUNNNNNNNNNIEEEEEEEEEEEEE”

Bodoh kayu!!!. Tak reti nak turunkan volume ke? Masa dia gelak aku dapat rasakan telinga aku bergetar pada frekuensi resonan sampai telinga nak tertanggal secara automatik.





Kenapa kan each time aku lapar gila, mesti ada one Sengal yang tak tahu nak order apa. Masa dia que up tadi dia takleh ke nak make up their mind? Dah sampai kaunter baru terhegeh-hegeh nak tengok menu. This is double annoying masa bulan puasa dan berbuka dah dekat. Ini salah satunya babak yang aku edit nama agar lebih menarik;

“Eh adik.. satu bucket berapa ayam?”
“Ada 21 ketul encik”
“Saya nak 16 ketul je. Boleh tak buat special 16 ketul”
“Tak boleh encik”
“Kejap ye saya telepon kawan saya kejap pasal dia order”

Ambik phone;

“Hey Hazrey....... dia tak jual 16 la so camne?.. apa? Kak Limah nak datang parti jugak? Kena beli extra ni.. ok ok”

Tutup phone;

“Ok adik abang nak beli 50 ketul la camtu.. boleh tak?”
“boleh tapi camtu abang beli 2 barrel dengan 3 dinner plate la ok?”
“Ok boleh.. cepat ye dik abang ada kenduri berbuka”

Phone berbunyi tiba-tiba;

“Hello. Hazrey ye apa? Nabil nak datang dengan Fasha sekali? Tambah berapa ayam? Ok ok”

Tutup phone;

“Dik tadi boleh tambah lagi 8 ayam tak? 3 spicy 5 original. Yang 5o tadi 16 spicy yang lebih original”
“Tak boleh bang.. kalau set satu jenis je. Tak leh campur-campur"

To cut a long story short the dude end up "ordering" at the counter for 20 minutes trying to make up his mind while at the same time kept calling his friend for instructions. As for me? Aku nak tegur nanti dia ingat aku kurang ajar,kalau ajak bergaduh sia2 pahala puasa aku (sebenarnya aku tak suke gaduh)

So apa yang korang jengkel sekali dekat fastfood restaurant? Comments below.

No comments: