Friday, April 1, 2011

Review filem yang menarik untuk ditonton - How To Train Your Dragon



‘How To Train Your Dragon’ menceritakan tentang mitos dunia Viking dan naga. Ia mengisahkan seorang pemuda Viking bernama Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup di pulau Berk. Penduduk pulau ini sentiasa berhadapan dengan serangan naga dan untuk mempertahankan diri mereka perlu berlawan dengan haiwan ini untuk terus hidup.


Keletah naga yang bernama Toothless cukup mencuit hati 





Sebagai anak kepada ketua pemburu naga, Stoick the Vast, Hiccup ingin membuktikan kepada semua yang dia juga boleh menjadi pemburu naga, walaupun ramai yang tidak yakin dengan niatnya itu.

Namun segalanya berubah apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang tercedera. Dia mula menyedari haiwan itu sebenarnya boleh menjadi kawan jika tahu bagaimana cara melayannya. Hiccup terpaksa berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.







Jalan penceritaan yang menarik,dan paling berkesan ialah watak naga itu sendiri yang dihidupkan,tidak seperti watak makhluk durian dalam Geng The Movie,watak toothles tidak boleh berbicara dengan manusia malahan tidak seperti manusia gayanya,pada aku itu lebih baik dari watak binatang yang boleh berkata2 dan beraksi mcm manusia,amat rage kalau aku lihat seperti chipmunk,garfield atau cat & dog,


Dari segi animasinya amat2 halus segala2nya nampak seperti hidup,dan berpatutanlah dgn tajuknya How To Train Your Dragon 3D.so cerita ini amat2 sesuai ditonton bersama keluarga dan sanak saudara dihari lebaran...