Sunday, April 3, 2011

tenang sebelum hilang





tik tok...


jam menunjukkan pukul 7.45,lambat amat rasanya masa berdetik...kupicit2 alat kawalan,eh...awal benar setan merah ini turun,kebiasaannya lewat malam adalah kegemaran setan2 merah ini menyesatkan seluruh alam,ahh...aku terlupa diwaktu2 inilah mereka amat suka  berterbangan...


tik tok...


masa berlalu,ehh setan merah melaung kesakitan,apakah dipanah petir?aku lihat diberanda,tiada tanda gerimis mengundang.


tik tok...


sekali lagi mereka melaung,mungkin kali ini dipasung?


tik tok...


ishh setan merah cuba meloloskan diri kembali keangkasa...satu persatu terlerai...apakah semangat yang dipuja oleh kak limah? atau bale bale yang sering dingomelkan oleh penentang setan merah ini?
ahh...aku dah mula risau,aku cuba menenangkan gundah dengan bermadah dengan juadah...


makhluk paling dibenci malam ini mula rakus,aku dah mula berdetik,layan travian adalah lebih baik untukku...


tik tok...


giliran para dewa2 putih bak selendang pula turun menjernihkan noda hitam yang diberantakkan oleh setan2 merah...namun kekuatannya hilang...luluh dek kehancuran yang disaksikan,terlalu ramai yang tersesat meraikan kehancuran...


tik tok...


kita tunggu dipentas dan dimaya yang lain...


tik tok... ahh aku gelisah...

No comments: