Powered By Blogger

Tuesday, April 5, 2011

Salah berbicara atau tak paham isi cerita?

Kali ini aku nak buka sebuah cerita yang berlaku baru2 ini juga,tentang musibah alam yang berlaku di Jepun...

benar,gempa bumi serta tsunami yang melanda negara matahari terbit itu...ucapan takziah dan simpati yang tak dapat dihamburkan dengan kata2 mahupun tinta,disana sini sibuk bercerita tentang malapetaka,tidak kurang di Facebook mahupun diforum-forum...

namun apa yang ingin aku kisahkan ialah bukan kerana sifat orang kita yang penuh dengan pemurah,tapi sikap orang kita yang dalam kasihan sempat mengutuk serta menjadikan mereka satu bahan perlian mahupun bahan jenaka.



"maybe tsunami ni terjadi sbb jepun menggalakkan seks..."


"Tuhan tak merestui Jepun bina loji nuklear
dan bersekongkol dengan Amerika.
Sebab tu loji tu meletup dan musnah."



"japan terlalu byk sumber seks dri mainan,game,hentai "


"alamak aduh....nnti smua jd mutan"


diatas ialah quote kata2 yang aku ambil dari salah satu forum yang aku selalu lawati,kemana perginya sikap simpati kita yang sebenar2nya? dalam simpati sempat mengutuk? jika kita benar2 simpati,kita tidak sekali2 menyalahkan mereka atau mengutuk budaya hidup mereka...!!! ini...ini gagal!!!


bersengkongkol dengan amerika?seluruh dunia ade perhubungan dengan amerika kecuali Iran dan Korea Utara,dari segi ape yang ko kata dia bersengkongkol?bagi maklumat sikit agar kita sama2 boleh share...sedangkan Korea Selatan tu lagi rapat pulak.

ini bukan masa kita kutuk2 mereka galakkan seks la,mereka buat hentai la...dan lain2 masa ni kita kena simpati,bukan tuduh dan menjatuhkan mereka,korang memang kejam kalau ade seseorang ditimpa masalah dan korang tambah serta tuduh bukan,sedangkan mereka memerlukan simpati untuk bangun semula.kalau korang kutuk pelukis yang bangang lukis gambar Ultraman kena Tsunami,korang pun same sahaja.

kita kutuk cara hidup Jepun dan budaya masyarakatnya,namun berapa ramai yang mengutuk tu selama ini menggunakan benda2 dan teknologi dari Jepun? ini tidak adil!

adakah dengan menuduh mereka macam menjadikan kita lebih mulia?
ada lebih baik korang bagi sumbangan walaupun sedikit ataupun berdoa agar mereka selamat...



kalau mereka yang kata Jepun ditimpa Bala sebab banyak buat dosa mereka silap,kita tengok zaman nabi,Allah turunkan bala tak kire agama Islam atau kafir,semua kena...

aku amatlah  Butthurt dalam isu ini,tapi nak menyedarkan mereka2 supaya dlm keadaan ditimpa musibah,janganlah kutuk2 sebab benda ni berkitar,esok lusa jadi kat kita...mana kita tahu tak?




No comments: