Wednesday, April 6, 2011

Hala Madrid!!!









Ahh...mengantuk betul mata ni masa bangun,ni semua dek bola...dan pagi ni aku nak kongsi pasal game semalam...


Perlawanan pertama separuh akhir antara Real Madrid bertemu Tottenham Hotspurs


Perlawanan timbal balik kali ini bermain di laman Madrid...Santiago Bernabeu!!!
aku biasa menonton bola Champion League antara kelab England dan kelab2 eropah lain,kebiasaannya pengulasnya memang orang England...setakat kalau Rudeboy Rooney yang suke maki2 lepas gol tu score memang pengulas tu menjerit mcm kena histeria lebih sikit...tapi kali ini lain pula...


aku tak tahu la sape pengulas tu,tapi kali ini amat2 berat sebelah atau BIAS!
dari mula mengulas semuanya menceritakan potensi spurs...dan ini membuatkan aku panas telur!! yee telur rebus aku panas!!


amat memalukan pengulas ini menceritakan :


"kita perlukan itu...kita perlukan ini" masa mengagung2kan pemain spurs


"kad kuning kepada Pepe amat tepat" masa Pepe tackle Bale tapi tak lepas


"ketika Dawson menepis bola dengan tangan "referre bagus! kerana bukan sengaja" memang sengaja pun


"Bale setaraf dengan pemain bola yang paling Legeeendd di dunia dan kita perlukan dia" dia menang anugerah ape?


"bila referre menghadiahkan kad kuning kepada Adebayor,pengulas puji "pengadil Jerman ini punyai pengalaman selama 35 tahun dan beliau amat bagus mengadili setiap game" tapi bila pemain Spurs kena kad 2 minit lepas itu mereka panas telur dn mengulas "Poor2 decision by the referre" apakah ini???!!! cakap mcm ahli politik yang nak cat rumah pangsa


pengulas itu amat bias kerana bila Real menjaringkan gol ketiga,pengulas ESPN ini sibuk menceritakan "spurs boleh tewaskan Real kerana mereka dah mengalahkan Juara tahun lepas Inter Milan di peringkat kumpulan serta mengalahkan AC Milan yang memegang rekod 7 kejuaraan...benar masa tu anda hebat,tapi ini Real Madrid!!! Juara 9 kali dan terbanyak! dan tahukah anda?mereka menang berapa banyak kejuaraan?


31 juara La Liga
17 Spanish "Copa del Rey" Cups
Spanish Super Cups
UEFA Champions Leagues
UEFA Cups
1 UEFA Supercup
3 Intercontinental Cups


dan Real Madrid menutup mulut pengulas itu dengan 4 gol tanpa balas dan tanpa serangan balas dari pasukan spurs


Terima kasih kepada Adebayor kerana membayor kepercayaan dengan 2 gol
tak lupa juga kepada Di Maria kerana satu gol yang dihasilkan ditujukan kepada Santana kerana menyanyikan lagu 'Maria Maria' emm sedap lagu ni...
serta kepada budak jahat tapi hebat,Cristiano Ronaldo,ala dia ni mcm biase memang lipas kudung...






Tahniah juge kepada aku yang memakai Jersi Real dan seluar satu set pagi tadi,siap ade nama Raul lagi kat baju,hasilnya Real Menang dan Schalke 04 menang dan what do you know? Raul score hahaha!!!

2 comments:

Awang Joe said...

1st...hmmm...lagu...hmmm...lagu...lagu...hehe...

hellghast said...

cis!!! ini mesti komen si flint sky!!!